Subscribe Subscribe | Subscribe Comments RSS
Hawk MTB is now part of the Butterworth Air Base Cycling Club (BACC).
Custom Search

Jom Kayuh@PTSB.

The Best Mini Jamboree!

Biasa la…snap untuk kenangan. Dari kiri Wahab, Nazri, Zamzuri, Aku.


Ahad - 28 Feb 2010. Salam kepada semua pengayuh-pengayuh MTB yang tegar. Hari ni aku ngan geng setaman aku nih telah menjoinkan diri ke Jom kayuh@PTSB, iaitu Mini Jamboree yang sejauh 35 km yang dianjurkan oleh geng Callbaru’p pastu aku petik sikit ayat dari blog lepa “Penganjuran JOM KAYUH @ PTSB - Karnival MTB Piala Pengarah 2010 telah dicadangkan oleh Unit Sukan dan Kokurikulum Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah pada 10 Januari 2010 dan dengan kerjasama Callbaru’p karnival ini akan dijalankan pada 28 Februari 2010.”. Acara ni ada dua kategori iaitu jemputan IPT ngan Open. Fee dia Rm35 pastu dapat sijil, t-shirt, choki-choki dan medal..dan yang penting sekali WATER Check Point yang best.

The Winner yang belah kiri tu..yang belah kanan tu sesat, kalau tak dia no 1..he..he..he..!!


Yang bestnya Mini Jamboree nih..ada Digital Ranking ngan marshall yang friendly…trek overall memang best dan layan..kira memang ble kayuh..dah nama pun Mini Jamboree..he..he..he..!!Tapi overall aku duk dengar rider-rider lain semuanya berpuas hati ngan Penganjur…ble bagi markah A+++. nak cite yang pemenang kategori open..biasa la…manusia berjantungkan enjin V6…Bidi no 1, kedua aku tak berapa sure nama dia Mohd Ariff dan yang ketiga aku pun tak berapa sure, nama dia Harith Iskandar..nanti sesapa yang tau ble tolong inform kat aku. Ok la aku pun dah tak larat perah otak…dah la lepas makan nih…mata pun dah layu..nak tido…macam biasa kalau nak tengok gambar-gambar yang lain ble tengok kat Klik Disini ok mintak diri dulu…!!Ok dan tak lupa juga aku nak ucapkan TAHNIAH kepada bro Nazri yang pertama kali masuk Jamboree…pastu complete plak tu…dah la complete, dapat hadiah hamper cabutan bertuah plak…berbaloi-baloi….Tahniah Bro..!!

Jangan lupa untuk mendaftarkan diri anda untuk Kayuhan Terang Malam yang pertama di Utara…Jumpa disana..!!



Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: