Subscribe Subscribe | Subscribe Comments RSS
Hawk MTB is now part of the Butterworth Air Base Cycling Club (BACC).
Custom Search

Ride To Tupah.

Ride To Tupah….bukan p skodeng..!!

PESERTA ekspedisi bergambar untuk kenangan.


Ahad - 21 Feb 2010. Salam sejahtera, memandangkan sekarang nih cuaca semakin panas dan dah macam kemarau dah..ke kemarau dah…he..he..he..kami telah membuat kayuhan ke Tupah, untuk bermandi-manda dan untuk menyejukkan badan sambil beriadah…cadangan ke Tupah ini adalah hasil cetusan idea dari Pok Ku dan sekali gus menjadi organizer untuk ke Tupah ini…setelah seminggu meneliti dah mengkaji kesusahan yang bakal menimpa semasa kayuhan nanti..kami iaitu ahli Hawk Mtb telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan Pok Ku…peserta yang bejaya dikumpulkan iaitu seramai 20 orang termasuk marshall yang telah merelakan diri untuk menjadi marshall..termasuk aku la tu..tapi aku jadi kamera man jer..hua..hua…bukan tak mau kayuh…tapi time tu la ada masalah skit…tapi takpe aku bawak keta aku…mana tau kot-kot ada yang tak ble kayuh..ble buh beskal atas keta aku.

PESERTA ekspedisi memulakan kayuhan dari Dewan Sri Bayu, Teluk Air Tawar.


PESERTA ekspedisi sedang menuju ke Tikam Batu.


Mula dari Dewan Sri Bayu iaitu kuarters TUDM…start tayar golek dalam kul 8…biasa la janji melayu…janji kui 7.30…tapi start kui 8…sebenarnya aku pun tak tau nak p tupah ikut jalan mana..dah tak penah p…tengok dalam Google Map, kena ikut jalan nak masuk ke kepala batas…tapi bila sampai nak kayuh Bob kata kita p ikut jalan ke Tikam Batu pastu Sungai Petani..sampai kat Giant Sungai Petani kona kiri ikut Sembeling…pastu sampai la Tupah…jalan ke Tupah agak kira ok la..sebab bukit tak banyak..bukan tak banyak tapi takdak langsung..nak ada pun kat jambatan kat sungai merbok tu…masa kat lepas dari Giant Sungai Petani tu jalan dah ok dah…landai jer..jalan pun besar..kira ble merempit la time tu…tapi apakan daya kepenatan mengatasi segalanya.

Sampai jer kat jalan nak ke Merbok tu…para peserta dah steady dengan kayuhan masing…sebenarnya dari mula tadi dah steady dah….tapi saja jer nak cite…jalan pun dah besar…selesa nak kayuh…ble sembang-sembang lagi tu, kira ok la.

Pok Ku dan Jan sedang menjamu selera. Kira ada selera lagi kira ok la tu..!!


Sebaik saja sampai di Tupah, keletihan pun hilang sebaik saja nampak ayaq sungai…pastu dihidangkan plak ayaq oren bancuh ais…slurrpppp….sedap tui…!!

Bermodalkan Rm 5.00, sampai Tupah ble makan nasi Tomato…fuhhh..layan beb..makan nasi sambil ditemani kicaun burung dan alunan merdu ayaq sungai mengalir…perghhh…!!Pastu dah kenyang terus merendamkan diri…wuuu…sejuk tui…!!

Pastu apa lagi lepas makan, time berendam la…bagi sejuk skit badan tu…sat g nak balik dah la panaih lit-lit. Tapi ayaq sungai kat Tupah macam kurang jer…mungkin kemarau kot. Lepas makan siap-siap nak balik dah…masing-masing dahi dah berkerut…berkerut pasai panaih sangat..balik pun dah kui 11.30 am. Kira panaih la jugak…tapi tetap kena kayuh jugak, panaih pun panaih la…nak naik keta aku pun carrier ada dua jer..jadi terpaksa la kayuh beramai-ramai….mai kayuh sama-sama, balik pun kayuh sesama la. Time balik aku selaku keta marshall follow ikut belakang jer, mana tau kot-kot ada yang krem ke…tapi aku tau, mana yang krem betui-betui ngan krem buat-buat sebab tak mau kayuh, panaih sangat…yang tu aku tak layan le..he..he..he..!!

Sampai jugak akhirnya!


Sampai jalan kat Tikam Batu nak ke Teluk air tawar tu…aku blah terus…bukan apa sat g jem plak jalan disebabkan aku bawak keta slow sangat..tu yang aku blah terus sampai ke Dewan Sri Bayu…tunggu lepa kat sana terus…sambil tangan pegang h/p…standby on call. Tapi alhamdullilah, semua sekali sampai dengan selamat tanpa mengalami apa-apa kecederaan…kalau ada yang krem sikit-sikit tu kira ok la..adat la tu..kalau tak mau krem kena kayuh kuat lagi..he..he..he..!!Sampai kat final destinasi dalam kul 2…ok la aku pun tak tau nak tulis pa lagi..nak p keje dah nih…kalau hangpa nak tengok gambar yang lain-lain ble tengok kat Flickr aku. Sila klik disini ok sampai disini saja..jumpa lagi dilain hari…zass…layaaannnnn…!!!

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: