Subscribe Subscribe | Subscribe Comments RSS
Hawk MTB is now part of the Butterworth Air Base Cycling Club (BACC).
Custom Search
PESERTA, adik Imran beraksi di Kepala Batas Pulau Pinang, semalam.


KEPALA BATAS 16 Jan. - Biarpun baru berusia lapan tahun, Zulfaqar Mohd. Nizam tidak kekok bersaing bersama golongan dewasa berbasikal mengelilingi Parlimen Kepala Batas di sini.

Pelajar tahun dua bersama rakan karibnya, Megat Imran Haikal Megat Abd. Halim, 12, adalah antara 320 peserta yang menyertai Program Kayuh Basikal Untuk Sihat dan Amal sejauh kira-kira 55 kilometer hari ini.

Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya itu, dia mula berminat menyertai aktiviti berbasikal sejak awal tahun lalu dan pernah menyertai beberapa ekspedisi di dalam dan luar negara.

“Saya pernah berbasikal mendaki Gunung Jerai dan menjelajah Cameron Highlands selain pernah berkayuh sejauh 148 kilometer dari Kangar ke Hadyai, Thailand.

“Seronok dapat berbasikal seperti ini kerana dapat menyihatkan badan serta mengelakkan daripada masa terbuang dengan aktiviti tidak berfaedah,” katanya yang turut ditemani bapanya, Mohd. Nizam Osman, 36.

Perasaan sama dikongsi Megat Imran yang bersemangat menyertai program itu kerana mereka dapat beramal dengan memberi sumbangan kepada beberapa masjid terpilih sepanjang kayuhan itu.

“Saya teruja untuk berkayuh di sekitar Kepala Batas kerana dapat menikmati suasana kampung dan menghirup udara segar di sepanjang laluan kayuhan ini,” ujarnya.

Program kayuhan yang dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu bermula di Wisma UMNO di sini dilepaskan oleh Pengerusi UDA Holdings, Datuk Hilmi Abdul Rashid kira-kira pukul 7.30 pagi.

Hawk MTB Team menerima sijil penghargaan diatas penglibatan didalam Kayuhan Amal & Sihat, semalam.


Sebanyak 19 kelab menyertai program itu antaranya Kelab Berbasikal Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Gerek Tikam Batu, Eight Heaven Bikers, Pasukan Gerakan Marin Pulau Pinang dan Pasukan Hawk MTB Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kelab lain adalah Kelab Berbasikal Permatang Binjai, AD Cycle Kulim, Crossort XC, Taman Sri Serdang Cycling Club, Kota Kuala Muda Cycling Club dan Kepala Batas Cycling Club.

Sepanjang kayuhan yang berakhir di Pantai Merdeka Beach Resort itu, peserta berhenti di beberapa masjid dan surau untuk menyerahkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM400 setiap satu.

Antara masjid yang disinggahi adalah Masjid Jamek Permatang Rambai, Masjid Permatang Keriang, Masjid Taman Kuala Muda dan Surau Al-Abbas, Paya Keladi

Dipetik dari Utusan Malaysia Online.(ayat jer yang amik kat Utusan…gambar sendiri..he..he..!!)

Sila klik disini untuk melihat lain-lain gambar semasa Kayuhan Amal.

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: