Posted on Mar 28, 2010 under Jalan-Jalan... |

Bergambar diatas Bukit Carpet - Hawk MTB was here..!!
Ahad, 28 March 2010, Bukit Carpet. Setelah dipelawa oleh Reimi pawana untuk menyertai Sunday Ride ke Bukit Carpet bersama Team Pawana Riders..aku ngan Jay jay pun join le…cehhh…ntah apa-apa ntah ayat…ok lah..sebenarnya kami dah lama dah plan nak naik Bukit Carpet nih…duk tengok dalam blog geng-geng Mtb yang dah naik Bukit Carpet…rasa cam best jer….
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Mar 14, 2010 under Jamboree |
Jamboree paling best pernah aku masuk…
Perlis - 14 Mac 2010, Salam semua, Perlis Jamboree…debaran yang duk tunggu selama ni..dah tiba…memang mendebarkan…mana taknya…event paling grand penah aku tengok….siap Raja Muda Perlis mai Flag off….bagi sesetengah pihak mungkin biasa..tapi bagi aku tak biasa la tu…!!Mula duk mengikuti perkembangan blog Perlis MTB…duk tengok lakaran trek tu…mata aku tertumpu kat Bukit Botak tu…dalam pala duk ingat mampuih dah..panaih lit lit la…pa lagi…pastu duk baca pesanan Abang Ramly Sp kat blog dia tentang Trek RUN 10 ni…rasa cam gerun jer..takut tak lepaih pun ada…tapi apa-apa pun kena cuba dulu..
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Mar 07, 2010 under Various |
Tahniah Sharil a.k.a Jay Jay!
|
|
Muhammad Adi Zakwan The next rider for Hawk MTB.
|
HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BHARU, 02 Mac 10. - Penunggang basikal bukit dari Hawk MTB Sharil bin Amir atau lebih dikenali sebagai Jay-jay, 28, selamat menyambut kelahiran bayi lelakinya yang pertama seberat 2.6kg dan setinggi 50cm pada 03.38p.m, 02 Mac 10 yang lalu.
Jay-Jay yang kelihatan amat gembira melahirkan rasa syukur kerana impiannya untuk mempunyai anak telah tercapai. Pasangan yang berkahwin pada Disember 2007 lalu memang telah lama mengimpikan untuk mendapat anak, malah mereka mengamalkan petua tertentu untuk memperoleh anak.
Jay-Jay juga memberitahu dia dan isterinya akan cuba mengasuh sendiri anak mereka tanpa bantuan pembantu. Ini kerana mereka ingin mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap anak kesayangan mereka ini.
“Tapi kalau aku nak p kayuh ngan hangpa, aku kena la hantar kat mak aku sat suh dia jaga..kalau bini aku p keja, ” katanya ketika ditemui sebelum dia bercuti.
|
|
Bapa kepada Muhammad Adi Zakwan The next rider for Hawk MTB.
|
“Satu lagi kalau aku dapat anak lelaki, aku akan pastikan dia akan jadi the next generation rider Hawk MTB, nanti ble kayuh sekali dengan anak Bob, ” katanya ketika sedang bergurau dengan Bob ditempat kerja.
Di kesempatan ini, kami dari warga Hawk MTB ingin mengucapkan tahniah kepada Jay-Jay dan isteri dengan doa semoga rezeki kalian semakin bertambah-tambah lagi selepas ini. Di Jamboree RUN 10 Perlis nanti dia memberitahu yang dia amat kecewa kerana tidak dapat menghadirkan diri kerana ketika itu dia sedang bercuti dan berada di Johor sambil didalam proses orientasi untuk membiasakan diri bangun di tengah malam untuk membancuh susu atau tukar pampers.