Posted on Jan 17, 2010 under Event |
|
|
PESERTA, adik Imran beraksi di Kepala Batas Pulau Pinang, semalam.
|
KEPALA BATAS 16 Jan. - Biarpun baru berusia lapan tahun, Zulfaqar Mohd. Nizam tidak kekok bersaing bersama golongan dewasa berbasikal mengelilingi Parlimen Kepala Batas di sini.
Pelajar tahun dua bersama rakan karibnya, Megat Imran Haikal Megat Abd. Halim, 12, adalah antara 320 peserta yang menyertai Program Kayuh Basikal Untuk Sihat dan Amal sejauh kira-kira 55 kilometer hari ini.
Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya itu, dia mula berminat menyertai aktiviti berbasikal sejak awal tahun lalu dan pernah menyertai beberapa ekspedisi di dalam dan luar negara.
“Saya pernah berbasikal mendaki Gunung Jerai dan menjelajah Cameron Highlands selain pernah berkayuh sejauh 148 kilometer dari Kangar ke Hadyai, Thailand.
“Seronok dapat berbasikal seperti ini kerana dapat menyihatkan badan serta mengelakkan daripada masa terbuang dengan aktiviti tidak berfaedah,” katanya yang turut ditemani bapanya, Mohd. Nizam Osman, 36.
Perasaan sama dikongsi Megat Imran yang bersemangat menyertai program itu kerana mereka dapat beramal dengan memberi sumbangan kepada beberapa masjid terpilih sepanjang kayuhan itu.
“Saya teruja untuk berkayuh di sekitar Kepala Batas kerana dapat menikmati suasana kampung dan menghirup udara segar di sepanjang laluan kayuhan ini,” ujarnya.
Program kayuhan yang dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu bermula di Wisma UMNO di sini dilepaskan oleh Pengerusi UDA Holdings, Datuk Hilmi Abdul Rashid kira-kira pukul 7.30 pagi.
|
|
Hawk MTB Team menerima sijil penghargaan diatas penglibatan didalam Kayuhan Amal & Sihat, semalam.
|
Sebanyak 19 kelab menyertai program itu antaranya Kelab Berbasikal Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Gerek Tikam Batu, Eight Heaven Bikers, Pasukan Gerakan Marin Pulau Pinang dan Pasukan Hawk MTB Tentera Udara Diraja Malaysia.
Kelab lain adalah Kelab Berbasikal Permatang Binjai, AD Cycle Kulim, Crossort XC, Taman Sri Serdang Cycling Club, Kota Kuala Muda Cycling Club dan Kepala Batas Cycling Club.
Sepanjang kayuhan yang berakhir di Pantai Merdeka Beach Resort itu, peserta berhenti di beberapa masjid dan surau untuk menyerahkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM400 setiap satu.
Antara masjid yang disinggahi adalah Masjid Jamek Permatang Rambai, Masjid Permatang Keriang, Masjid Taman Kuala Muda dan Surau Al-Abbas, Paya Keladi
Dipetik dari Utusan Malaysia Online.(ayat jer yang amik kat Utusan…gambar sendiri..he..he..!!)
Sila klik disini untuk melihat lain-lain gambar semasa Kayuhan Amal.
Posted on Jan 06, 2010 under Various |
Salam semua…..
Hari ni saja ronda-ronda kat blog orang….boring tak tau nak buat pe….pastu terjumpa ada satu artikel kat blog mamat ni…baguih tui la…tajuk pun kalau hangpa tengok memang takdak kaitan dengan MTB ke RB ke….totally pasai agama…
Tapi tu la…bukan apa..sebagai umat islam aku rasa macam wajib bagi aku untuk siarkan citer ni…mungkin dah lama isu nih…mungkin ada sebahagaian dari kita dah tau citer nih…tapi takpe la…mungkin ada yang tak tau lagi…ble la baca sat noh…nak kuar berdakwah 3 hari mungkin banyak halangan..biasa la nak maintainkan iman kita tu memang susah..tapi nak dropkan ia..perghhh…senapaih jer…he..he..he…tu la….aku pun tak la sehebat mana besa-besa jer…tapi tu la…duk tapi..tapi..tapi…ok la…jom layannnnnnnnnnnnn………………!!
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Jan 05, 2010 under Jalan-Jalan... |
|
|
Rilek sat sambil pekena ayaq tenaga.
|
Salam readers dan peminat MTB…
Selasa - 5 Jan 2010 - Hari ni aku boring tak tau nak buat pe..dari malam tadi duk pikir nak kayuh p mana sok..sambil-sambil tu nak shot matahari naik..tapi hari ni awan tak berapa cun bagi aku..mungkin aku yang tak tau nak shot..he..he..he..!!
Bukan apa sambil tu aku nak try bawak kamera berat aku tu kira nak try sambil kayuh, sambil shot apa-apa la…tapi ternyata kepenatan menguasai segalanya…bila dah penat, mata pun duk kelipak kelipuk(peluh masuk mata)..tangan duk mengeletar..napaih macam kerbau…nak shot pun kena tunggu ilang penat dulu…tu yang mental kena kuat tu…tapi memang layan beb…bila balik je umah tengok hasil yang ntah apa-apa ntah tu…bagi aku kepuasan tu..tak tau nak kata apa..banyak lagi yang aku kena belajar tentang photography ni..bukan apa sat g takut orang kata aku syok sendiri..he..he..he..!!Kira aku ni tak setaraf lagi ngan Tandope ngan Adi lagi…lepa dah terrer dah..masuk Offroad pun bawak DSLR..memang aku respek la…ok la jom layan gambar yang tak seberapa nih…zaaaassssssssssss..layaaaaaannnnnnn….!!
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Jan 03, 2010 under Jalan-Jalan... |
Salam…
Ahad - 3 Jan 2010
Hari ni aku dapat pesanan ringkas dari bro Zam KHT Bikez..untuk kayuh ringan-ringan…aiii…kayuh pun ada ringan-ringan gak noh….ok la…Bangun-bangun nak semayang subuh tgk-tgk ada sms ajak kayuh layan BORR…terjah je la…bukan apa nak tengok beskal baru yang baru dibeli oleh abg wahab…tu yang ble kayuh tu…pastu bila dah patah balik BORR tu…lepak kat tepi shell tu…jumpa plak Pak Hj Saad…naik RB plak tu…fuhhh kemaih tui pah hj nih…aku pun pa lagi..mintak try naik le…perghhhhh…memang best tui la….mmg sah aku tak tidoq malam ni..duk kenangkan penangan RB pak hj saad…nak kena cari satu gak..he..he…!!ok jom layan gambar plak…
Layannnnnnnnnnnn…….zassssssssssssssss….!!
Flag Off Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Jan 01, 2010 under Event |

Jumaat - 01 Jan 2010…Happy New Year…!!
Salam semua…hari ni aku nak cite skit pasal Malakoff ride ni…aku tengok event lepa ni memang btui2 grand la…mana taknya…tengok goodies pun dah la….ada sijil, botoi air, ubat sapu untuk mengalami kekejangan, t-shirt pun lawa last sekali tuala kecik….sebenarnya event ni untuk geng2 RB je….tapi dah abang Megat racun…dia kata bila lagi nak kayuh naik jambatan pulau pinang…tu yang nak p sangat tu…!!
Route sebenar dia yang aku tau…ada dua hari..iaitu hari pertama pada hari khamis, bukit merah>penang>kedah kot….pastu hari kedua start kat autocity>round island>youth park…tapi geng kami tak ikut pun route tu…bukan apa dah la tak kuat…takut satgi sampai lewat untuk menunaikan sembahyang jumaat…tu yang potong jalan tu…ikut short cut…kami sampai awai…lepak ngan geng 3G…pastu amik goodies trus balik naik feri…
Kesimpulan dia..event ni memang best…layan bro…
P/s : Sesapa nak tengok gambar jom layan kat sini…sila klik sini…