Subscribe Subscribe | Subscribe Comments RSS
Hawk MTB is now part of the Butterworth Air Base Cycling Club (BACC).
Custom Search

Archives for November, 2009

Pendang Jamboree 2009.

21 Nov 2009 - Pendang Jamboree 2009.

Salam…seperti kata Blogger Adi harriman “The Pendang Jamboree broke the record as the quickest organised event of this year. Preparation and everything was done in less than a month. The event attracted 200+ riders.” dipetik dari Blog Adi harriman.

Tapi bagi aku dan dari segi pemerhatian aku…parking tak cukup..mungkin lepa budget 200++ riders je…cuba bayangkan kalau 1000++ riders..huhh…macamana..!!Dari segi trail tu memang best la…makanan pulak masakan ala-ala kampung…ada ikan masin lagi tu…tu yang best tu. Cuma tu je la yang aku nampak…nak kritik lebih-lebih pun, aku nak tak tau nak kritik apa…bagi aku…masuk jamboree bayar fee murah, ada plat no..ada baju atau t-shirt…ada makan…ada mineral water atau 100+ dan pisang kat check point…ada medic yang cun-cun..he..he..he..tu pun dah cukup!!Dan yang penting skali trail mesti kena best and superb…tu yang penting…pasal hadiah tu aku tak amik port sangat….pasal aku masuk jamboree pun bukan pasal nak menang….more just for fun dan dapat berkenalan kawan-kawan baru dan dapat berjumpa member MTB dan test jantung aku boleh sampai ke tahap mana..mungkin dalam 10 tahun akan datang bila aku dah kuat..aku amik port la pasal hadiah ni..tapi bila dah 10 tahun akan datang aku dah masuk kategori veteran dah kot…he..he..he..!!

NI GAMBAR SEBELUM FLAG OFF….

Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »

Classic Ride 2009.

Ahad - Kulim - 15 Nov 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera…dalam pala otak aku duk terbayang ni sahih kena tinggal ngan geng-geng RB ni…mampuih nak follow…pastu duk pkiq plak…lepa mesti bawak RB besi lepa yang lama-lama tu..nama pun dah kayuhan klasik..mesti berat kot…ingatkan ble follow..tu pun tak ble gak kena tinggal berkandaq…geng-geng otai plak tu…perghhh….!!Tapi hari ni la ble tengok beskal RB yang lama-lama ataupun yang otai2..macam-macam brand yang ada…aku ble tengok je la….tapi hati tu teringin nak sambaq RB sebijik….tapi nak buat macamana budget tu tak dak lagi…..ble berangan je la….!!Route yang dipilih oleh penganjur pun memang best…tak sibuk sangat..suasana pun best..nyaman..kayuh pun syok..bukit tak la banyak sangat…aku duk ingat..sama macam kayuh off road..ada lepak-lepak, take 5 ke apa ke…rupa-rupanya lepa tibai balun non stop…sampai Bukit Hijau….beginner macam aku ni pa lagi…rasa macam-macam la..nak muntah semua ada…tapi kena control macho la….kayuhan mesti diteruskan..bukan apa..sebab tengok tak dak orang yang berenti pun..tak kan aku nak berenti kot…mau tak mau kena teruskan kayuhan la jugak.

Kayuhan klasik hari ni di join oleh aku, Jan, Man Scott dan sorang member baru kami iaitu Faizal(chal) atau nama alam maya dia Pelaut Rider..he..he..he…Pon alya ngan Din GT jadi Marshall…Moh layan gambar plak…Layannnnn….!!

Geng KHT Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »

Bob The Return…!!

Selasa - 10 Nov 09 - Bukit Langkap, sekembalinya Bob hari ini adalah untuk membuktikan yang beliau masih fit(bukan fit yang dadah tu)..ayat macam berita plak..haduihh..!!ok..ok…hari ni sebenarnya kayuh saje-saje jerrr…nak perangat Bob yang dah lama tak kayuh..kira-kira 3 bulan lebih kot….rasa-rasanya lah….!!

Route kami naik ikut trek BM Jamboree..pastu turun DH kat sebelah sana tu…Raider hari ni yang hadir ialah aku, JJ dan Bob…!!Kayuh start kui 4.45 pm…aku ngan Bob sampai awal..pastu lepak tunggu JJ la…pekena dulu ayaq milo ais…tengah-tengah duk lepak mai plak satu makhluk muka bumi yang bernama Faizal…hangpa tak kenai punya bro ni…sebab dia baru menceburi bidang MTB ni..kalau hangpa nak kenai dia…nanti Kayuhan Klasik ni aku pekenai kan kat hangpa nohhh…nanti aku tangkap gambar dia…aku plak ble lupa nak ajak dia…pastu dia msg aku pun last2 minit tanya nak kayuh mana-mana tak petang nih…bila aku kata nak kayuh petang nih…jem la dia….nak tukar tayar ke offroad..tak dan katanya…trus tak jadi follow..tu yang mai singgah kat restoran bunga kertas tu..bukan apa nak cam muka sama tu…Ok la jom layan gambar…layannnnnnn…!! Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »

Popo juara elit basikal bukit

MELAKA - Peserta dari Indonesia, Popo Ario Sejati membuktikan kejaguhan apabila menjuarai acara menurun bukit kategori Elit Lelaki Kejohanan Basikal Bukit ke-15 di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh, semalam.

Pelumba berusia 23 tahun itu berkata, dia yakin memenangi perlumbaan itu setelah melakukan latihan dan persediaan sejak sembilan bulan lalu.

“Trek sejauh 1.5 kilometer ini agak mencabar dan berbonggol-bonggol.

“Ia juga agak teknikal berbanding trek lain, namun saya suka trek sebegini,” katanya

Popo mengungguli kategori Elit apabila mencatatkan masa terpantas iaitu dua minit 39.50 saat.

Dia diekori peserta Jepun, Naoki Idegawa dengan masa 2:43.61s di tempat kedua. Tanaphon Jarupeng dari Thailand pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan 2:50.28s.

Peserta Jepun, Mio Suemasa, 26, pula mengungguli acara menurun bukit kategori Elit Wanita apabila menewaskan tujuh pencabar lain.

Mio muncul juara dengan catatan masa 3:1.60s diikuti peserta dari Indonesia, Risa Suseanty dengan masa 3:16.93s manakala tempat ketiga disandang peserta dari Thailand, Aussanee Pradupyard dengan 3:29.15s.

Menurut Mia, catatan masa yang dilakukan beliau pada hari ini lebih rendah berbanding semalam.

“Hujan petang semalam menyebabkan keadaan trek hari ini (semalam) agak licin dan sesetengah tempat becak.

“Walaupun melakukan beberapa kesilapan, saya tidak patah semangat dan cuba sedaya upaya untuk memenangi acara ini,” katanya.

Seorang lagi peserta Jepun, Kazuki Shimuzu, 17, membuktikan penguasaan negara matahari terbit itu apabila muncul juara acara menurun bukit kategori Junior.

Kazuki muncul apabila mencatatkan masa terpantas iaitu 2:56.01s manakala peserta dari Indonesia, Hildan Atosma Katana di tempat kedua dengan masa 2:57.32s.

Peserta negara, Mohd. Aim Mohd. Fauzi, 18, membuktikan bahawa negara ini tidak ketandusan bakat dalam acara menurun bukit basikal gunung apabila mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 3 minit 5.69 saat.