Posted on Mar 30, 2009 under Jalan-Jalan... |
Ahad, 29 March 2009..Salam kembali..!!Hari kami tak tau nak p mana..kebetulan masing-masing ada kat Kedah…jadi Bob ajak p naik Gunung Jerai…!!Kelmarin sabtu p trek jamboree jitra…takdan nak amik gambar..sebab kelam kabut…start kayuh pun dah lewat pukul 9 lebih baru nak start…tu yang maleh nak amik gambar tu…!!Yang naik Gunung Jerai ni pun kami 4 orang je..aku, bob,jj dan pablo…!!Yang lain smua duk kat penang jauh nak mai…!!Ok..ok..jom kita tengok gambar yang sempat diambil…!!


Permulaan jalan nampak macam ok jer…!!

Posing dulu apa-apa hal…!!

Pablo juga tidak ketinggalan…!!

Bob yang bersemangat tinggi..!!

JJ pun sama gak…!!
Bob take 5 jap..sambil tu dia tengah pasang strategi macamana nak naik dengan lebih cepat…!!


Sesi pengambaran lagi…pakat-pakat duk amik gambar plak dah…!!


Kami terjumpa bro-bro ni..tengah lepak kat pondok rehat tu…sembang sat…tanya jauh lagi ke tak…lepa kata ada jual strawberi kat atas tu….!!Tu yang semangat lagi nak naik atas tu…!!


Banyak tui take 5….kena amik nafas beb..jalan mencanak naik tak berenti…tu yang banyak take 5 tu…!!
Gunung jerai 4 km je lagi…tapi rasa macam 40 km…!!Ketinggian dah 720 m..!!

Dah sampai dah kat Muzium perhutanan, hutan simpan gunung jerai..!!


Kami naik sampai kat Muzium jer…hajat tak sampai nak makan buah strawberi…bro yang jaga muzium tu habaq skang ni…pokok strawberi tu baru tanam..lepa baru cabut…tanam yang lain..!!dah buah strawberi tak dak…tak jadi naik la sampai atas…!!Bob habaq lega nasib baik tak naik sampai atas..kalau tak dah nak cram dah betis dia tu…!!Time nak balik paling best downhill mencecah 70 km/h..memang laju…!!Kami sampai bawah dalam kul 1 tengahari…!!Tapi overall memang best….sampai disini sahaja gambar yang sempat kami ambil…masa nak turun tak sempat nak petik camera..takut jatuh tersungkur…ok kita jumpa lagi di lain hari…!!
Posted on Mar 23, 2009 under Jalan-Jalan... |
Ahad, 22 mac 2009, jam 4.00 pm…Salam kembali..!!Ceh..macam pembaca berita plak..ok, kali kami p trek batu kawan..sebab aku tengok dalam blog odd Nak ajak odd dia keje plak.Tak tau kata ada trek downhill..dulu masa kami p..kami turun jalan yang kot mana kami naik…pastu baru-baru ni..tengok blog odd ada plak jalan turun ikut off road…tu yang trus p tu..cadang nak trus p Pulau Aman..tapi memandangkan dah sesat kuar kot tempat orang bela ikan tu trus cancel nak p…tapi takpe lain kali ble p lagi…trek downhill dia pun panjang..boleh tahan mantap dia…tu yang nak p lagi tu…
Kali ni kami ada ahli baru..orang panggil dia pablo…nama ganas..!!Baru beli kat kedai Merida Alor Setar nih…!!
Nih Owner dia…!!
Ni aku le..He..he..he..!!
Semangat nak kayuh…!!


Take 5 jap…Bob dah biru muka tu…macam nak muntah jer…!!
Aduih…masuk binatang plak…!!Potong stim tui la…!!
Ha..kan aku dah kata..bob muntah…hua..hua..hua..!!
Memuntahkan isi perut disebalik pepohon rendang..!!hua..hua..hua..!!
Kami tak naik sampai pencawang pun…tengok ada laluan off road tu jer..trus tibai jer…!!
Trek dia memang best…layannnn..!!



Macam dah jungle treking..!!
Berenti jap…amik nafas…Downhill pun nak amik nafas ke…ermmm…!!
Tu dia..jalan dia…fuhh…!!Memang best…!!

Laluan yang begitu mencabar..pokok banyak tumbang..ada pembalakan haram kot…!!
Pablo..mantap tui walaupun baru start kayuh hari ni…!!

Berbincang sat..btui ke jalan nih…!!ahh..redah ja…!!
Kami amik keputusan untuk amik risiko turun di lereng bukit ni..pasal tengok jalan kat depan nuh..dah banyak pokok yang tumbang…tak pun lama dah takdak orang lalu…tengok kat bawah tu ada jalan tar tu yang terpaksa turun kat lereng ni jugak…!!
Aksi-aksi merbahayakan diri..!!
Sempat lagi berposing…!!
Dah abis dah…trek selut tanah merah…tayar masing-masing dah macam moto X..!!
JJ menunjukkan skill macamana nak buang selut dari tayar…!!
Macam-macam kaedah digunakan untuk menghilangkan selut dari tayar…nak sembur ayaq..takdak paip…!!
Aku plak..balik umah baru basuh…malas dah nak guna teknik-teknik ntah apa-apa ntah tu…!!Tapi overall trek nih memang best..nak layan downhill..!!Jumpa lagi…!!
Posted on Mar 18, 2009 under Jalan-Jalan... |
Salam kembali….!!
Sebenarnya kami nak p Bukit Tokkun…tapi ada dikalangan ahli HawkMtb ni tak sanggup nak naik bukit yang ngeri tu…tu yang mai Bukit Langkap tu…
Kali ni kami 5 orang je..yang lain smua kerja…tapi takpe..sebab ni kayuhan petang je…bagi hilang gian nak kayuh…

Peserta pertama yang sampai…menunggu ketibaan ahli-ahli yang lain..yang rata-ratanya janji Melayu….!!
Jj baru sampai…ni aku snap masa dia tengah kalut nak bercerita…tu yang muka macam tu…!!
Broke pun baru sampai….
Rizal pun baru sampai…menyorok dalam keta..kononnya tak mau orang tau yang dia paling lewat…dia ingat janji nak kayuh 4.30pm tu yang dia lewat tu…silap information…!!
Ready for ride..!!
Take 5 jap…!!
Dimulai ngan rizal….!!
Diikuti ngan JJ…!!Yang lain dah naik dah…tu yang tak dan nak snap tu….aku yang paling last…!!
Sampai di pertengahan….bob yang baru fist time naik bukit langkap suh rilek dulu nak amik oksigen jap…!!




Sampai di puncak dah….masa untuk amik gambar buat kenang-kenangan…!!
Sapa yang laju sangat Downhill tu..!!fuyooo….!!macam Sam Hill…!!
Ni acara persendirian…nak balik dah…layan downhill dulu…kawasan ni terletak di tepi sebelum nak naik bukit langkap tu….kalau kita mengadap ke jalan nak naik bukit langkap tu…ia terletak di sebelah kiri anda…!!Best wooo..!!

Dah abis…kami balik dalam kul6.30pm..distance dalam 13 km/h..Tapi ok la kayuh petang-petang ni…Bagi sesapa yang nak kayuh petang-petang pastu nak balik awal..kira orang kata nak bagi hilang gian..boleh le mai ke bukit langkap ni…tapi kena park keta kat kedai makan ni..apa nama tak tau…tak dan nak tengok…alaa..kedai makan yang ada pencawang elektrik atas dia..kedai tu terletak sebelum simpang ke berapit…!!ok chau chin chow….see u again in the next episod..!!Jangan biarkan handset anda diselubungi missed call…!!