Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau memberikan beberapa pertanyaan yang unik.
Archives for Various category
![]() |
|
Lengan Panjang.
|
Klik pada gambar untuk lebih jelas….
![]() |
|
Lengan Pendek.
|
Jersey Hawk MTB ~ BACC
|
Salam dan selawat ke atas baginda rasul s.a.w. dan syukur yang tidak terhingga kita kepada Allah s.w. kerana dengan limpah kurnianya insyaAllah kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan yang sangat dirindui oleh hampir setiap umat islam. Dalam keghairahan kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak marilah kita sama-sama bermuhasabah. Saya ingin fokus tiga perkara yang saya dapat dari laman web UZAR..
1) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.
2) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
|
3) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)
untuk maklumat lanjut sila layari/klik..
Zaharuddin.net
Bike with engine (doped bike) and Cancellara (Roubaix - Vlaanderen)
Posted on Jul 25, 2010 under Various | No CommentTambah lagi Hawk MTB Junior Rider.
|
|
Pewaris Cannondale F5 ku… |
Salam semua…hari ni hari paling aku gembira dan bersyukur pada Allah s.w.t…sebab apa….sebab dapat anak…anak apa…anak lelaki…he..he..!! Nak di storykan kat hangpa semua….pada 26 Apr 2010, isteriku telah selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 1843H di Hospital Sebarang Jaya, Pulau Pinang dan seberat 2910 gram, alhamdullillah…kedua-duanya selamat.
Tentang kayuhan aku pula…aku sendiri pun tak tau…nak kayuh bila….kayuh tetap kayuh bro, mungkin lepas ni bila wife aku berpantang di Pendang, Kedah…ble la kayuh ngan geng-geng blah Kedah nun, cuti banyak hari, bleh p touring mana-mana, time nih la nak amik kesempatan p touring..he..he..!!Tapi tak tau nak p touring mana lagi. Buat masa skang kena fokus kat baby ni dulu, sebab dia tak masuk waktu Malaysia lagi….sok bila dah steady skit, baru la bleh p touring.
Kira start dari sekarang aku kena simpan duit…tak pun start beli spare part MTB, simpan skit-skit, lepaih 10 tahun dah jadi complete bike, ble le dia kayuh nanti, pastu bleh race ngan aku…he..he..he..!!
Dua biji sekali dia sebat..!!
|
|
Scott scale 50 |
Salam…berita terkini…21 Apr 2010, kelmarin, peminat-peminat tegar sukan berbasikal bukit hari ini, telah dikejutkan dengan kehilangan dua buah basikal sekali gus dalam satu malam, kejadian tersebut berlaku di Taman Ara Indah, Permatang Pasir, Butterworth. Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Wahab Ayub berkata pencuri haram jadah dan tak berperikemanusian itu melakukan projek tersebut dalam pukul 12:45 tengah malam, waktu butterworth. “Time tu saya baru nak melelapkan mata, tiba-tiba isteri saya terdengar satu bunyi hentaman yang kuat, seperti sesuatu benda yang dihentakkan ke pintu pagar, jadi dengan tindakan reflek yang begitu laju, saya membuka tingkap lalu menjerit dengan sekuat hati…woiii..hangpa curi beskal aku aaa…dan melihat penyangak itu sedang melarikan dua buah basikal saya dengan sekali gus, dengan mengangkat kedua-dua sekali gus melepasi pintu pagar rumah saya“, kata beliau yang ditemui pada petang semalam yang telah pun membuat report polis di balai polis Perda, Bukit Mertajam. Basikal yang berjaya dicuri oleh pencuri tersebut ialah jenama Scott 50, berwarna hitam kekuningan dan satu lagi ialah nexus berwaran silver.
|
|
Nexus |
“Selalu memang saya simpan dalam rumah, tapi entah macamana petang tu, lepas saya basuh basikal, ingat nak bagi kering baru nak bawa masuk dalam rumah…jadi saya tinggal kat luar, saya pun kunci la kedua-duanya sekali…tapi nak buat macamana, tu pun boleh hilang…entah la…kalau nak ambil pun ambil la satu je, tinggal kat saya sebiji habuan nak kayuh petang-petang, ni dua-dua dia sapu!!“, katanya dengan nada kecewa dan terkilan dengan sikap pencuri tu.
Kepada sesiapa yang berjaya menemui atau terjumpa atau ternampak kelibat kedua-dua basikal ini di jamboree atau dimana-mana sahaja bolehlah menelefon Abang Wahab ditalian 014-245 2166, untuk mendapatkan ganjaran yang setimpal, disini disertakan butir-butir oleh Abang Wahab, Scott 50, Brake butterfly, crank XT, fork rock shox, tayar kenda dan Nexus, fork RST gila, brake dan crank alivio.
Tahniah Sharil a.k.a Jay Jay!
|
|
Muhammad Adi Zakwan The next rider for Hawk MTB. |
HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BHARU, 02 Mac 10. - Penunggang basikal bukit dari Hawk MTB Sharil bin Amir atau lebih dikenali sebagai Jay-jay, 28, selamat menyambut kelahiran bayi lelakinya yang pertama seberat 2.6kg dan setinggi 50cm pada 03.38p.m, 02 Mac 10 yang lalu.
Jay-Jay yang kelihatan amat gembira melahirkan rasa syukur kerana impiannya untuk mempunyai anak telah tercapai. Pasangan yang berkahwin pada Disember 2007 lalu memang telah lama mengimpikan untuk mendapat anak, malah mereka mengamalkan petua tertentu untuk memperoleh anak.
Jay-Jay juga memberitahu dia dan isterinya akan cuba mengasuh sendiri anak mereka tanpa bantuan pembantu. Ini kerana mereka ingin mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap anak kesayangan mereka ini.
“Tapi kalau aku nak p kayuh ngan hangpa, aku kena la hantar kat mak aku sat suh dia jaga..kalau bini aku p keja, ” katanya ketika ditemui sebelum dia bercuti.
|
|
Bapa kepada Muhammad Adi Zakwan The next rider for Hawk MTB. |
“Satu lagi kalau aku dapat anak lelaki, aku akan pastikan dia akan jadi the next generation rider Hawk MTB, nanti ble kayuh sekali dengan anak Bob, ” katanya ketika sedang bergurau dengan Bob ditempat kerja.
Di kesempatan ini, kami dari warga Hawk MTB ingin mengucapkan tahniah kepada Jay-Jay dan isteri dengan doa semoga rezeki kalian semakin bertambah-tambah lagi selepas ini. Di Jamboree RUN 10 Perlis nanti dia memberitahu yang dia amat kecewa kerana tidak dapat menghadirkan diri kerana ketika itu dia sedang bercuti dan berada di Johor sambil didalam proses orientasi untuk membiasakan diri bangun di tengah malam untuk membancuh susu atau tukar pampers.
Salam semua…..
Hari ni saja ronda-ronda kat blog orang….boring tak tau nak buat pe….pastu terjumpa ada satu artikel kat blog mamat ni…baguih tui la…tajuk pun kalau hangpa tengok memang takdak kaitan dengan MTB ke RB ke….totally pasai agama…
Tapi tu la…bukan apa..sebagai umat islam aku rasa macam wajib bagi aku untuk siarkan citer ni…mungkin dah lama isu nih…mungkin ada sebahagaian dari kita dah tau citer nih…tapi takpe la…mungkin ada yang tak tau lagi…ble la baca sat noh…nak kuar berdakwah 3 hari mungkin banyak halangan..biasa la nak maintainkan iman kita tu memang susah..tapi nak dropkan ia..perghhh…senapaih jer…he..he..he…tu la….aku pun tak la sehebat mana besa-besa jer…tapi tu la…duk tapi..tapi..tapi…ok la…jom layannnnnnnnnnnnn………………!!







