Archives for Jalan-Jalan... category
Posted on Jun 25, 2010 under Jalan-Jalan... |
Kayuhan Suai Kenal ahli-ahli BACC.
|
|
Ahli Hawk MTB-BACC bergambar sebelum memulakan kayuhan.
|
25 Jun 2010 - Jam 1545H, Hawk MTB-BACC telah mengadakan satu kayuhan untuk suai kenal diantara ahli-ahli baru BACC iaitu Butterworth Airbase CyCling Club. Tujuan kayuhan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang kayuhan dan keselamatan ketika berkayuh disamping memberikan kesihatan kepada diri sendiri, jalan atau trek yang dipilih hari ini adalah didalam kategori beginner atau santai dan sejauh 20 km. Seramai 40 orang ahli yang dapat hadir pada hari ini.
Hawk MTB-BACC juga berterima kasih kepada Polis Tentera Udara iaitu PROVOS kerana sudi menjaga keselamatan kepada ahli-ahli ketika berkayuh. Kepada ahli-ahli yang tidak dapat hadir, kita akan berjumpa dilain hari…
Posted on May 23, 2010 under Jalan-Jalan... |

Ahad, 23 May 2010 - Sungai Ara, Pulau Pinang. Salam kepada semua peminat atau penunggang Basikal Bukit…lama tak update blog nih…bukan apa skang ramai rider dah ada muka buku(Facebook)…so blog ni pun jadi jarang la nak update…cuma kalau ada event-event gempak jer, baru nak update….iskk…malaih la tu kira…he..he..he..!!
Hari ni kayuhan paling best dan memang best…rugi sapa tak p hari nih…aku, reimi pawana, zam jaykay, jat scott, nan giant dan din telah menyertai satu acara kayuhan yang diterajui oleh Abang Nasir & geng Pawana Rider…dan disertai oleh Kak umi & familynya…meriah tui kalau ada Kak Umi..he..he..he..!!
Takdak idea nak merapu apa hari ni…layan gambar je la….he..he..!!
Kalau nak tengok lain-lain gambar hangpa bleh tengok kat link dibawah….klik jer…!!
Atau
Posted on May 18, 2010 under Jalan-Jalan... |

Salam kepada pengayuh-pengayuh MTB yang budiman..
Ahad - 23 May 2010.
Thompson Trail (Cameron Highland) 46km.
Kalau berminat sila hubungi Abg Megat ditalian 013 - 433 1909
Dan tolong hebahkan kepada semua…tarikh tutup pada Rabu 19 May 2010
Terima Kasih….
p/s : hu..hu..hu..aku tak ble p kena keje plak…hare tui…!!
Posted on Apr 25, 2010 under Jalan-Jalan... |
Ahad, 25 Apr 2010, Permatang Pasir, Butterworth. Tajuk tu bukan apa, sebab duk minum, pastu mengkelan makan roti bakar sampai lupa nak minum ayaq….Reimi Pawana yang mencetuskan idea tajuk nih. Hari ni cadang nak p Gunung Jerai, tapi dah tak dapat sambutan yang begitu memberangsangkan oleh penduduk-penduduk Taman Ara Indah…ermmm cancel le jawabnya..last-last ajak Pok Ku, Jan, Jan T.Glugor, Man Scott ngan Harun mai try test trek blakang taman umah aku nih….Ramai gak yang mai pagi nih….Reimi Pawana, Massaro Al-Gianto, Asri, Nan Laksa, Toy, Lee Grinder dan Nazri. Duk tengok trek nih macam ada potensi nak buat Mini Jamboree…tapi tu la…tengok la macamana, niat di hati tu memang plan macam tu…tapi tengok dulu le macamana….
Jom kita layan gambar plak….
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Mar 28, 2010 under Jalan-Jalan... |

Bergambar diatas Bukit Carpet - Hawk MTB was here..!!
Ahad, 28 March 2010, Bukit Carpet. Setelah dipelawa oleh Reimi pawana untuk menyertai Sunday Ride ke Bukit Carpet bersama Team Pawana Riders..aku ngan Jay jay pun join le…cehhh…ntah apa-apa ntah ayat…ok lah..sebenarnya kami dah lama dah plan nak naik Bukit Carpet nih…duk tengok dalam blog geng-geng Mtb yang dah naik Bukit Carpet…rasa cam best jer….
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Feb 25, 2010 under Jalan-Jalan... |
Ride To Tupah….bukan p skodeng..!!
|
|
PESERTA ekspedisi bergambar untuk kenangan.
|
Ahad - 21 Feb 2010. Salam sejahtera, memandangkan sekarang nih cuaca semakin panas dan dah macam kemarau dah..ke kemarau dah…he..he..he..kami telah membuat kayuhan ke Tupah, untuk bermandi-manda dan untuk menyejukkan badan sambil beriadah…cadangan ke Tupah ini adalah hasil cetusan idea dari Pok Ku dan sekali gus menjadi organizer untuk ke Tupah ini…setelah seminggu meneliti dah mengkaji kesusahan yang bakal menimpa semasa kayuhan nanti..kami iaitu ahli Hawk Mtb telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan Pok Ku…peserta yang bejaya dikumpulkan iaitu seramai 20 orang termasuk marshall yang telah merelakan diri untuk menjadi marshall..termasuk aku la tu..tapi aku jadi kamera man jer..hua..hua…bukan tak mau kayuh…tapi time tu la ada masalah skit…tapi takpe aku bawak keta aku…mana tau kot-kot ada yang tak ble kayuh..ble buh beskal atas keta aku.
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Feb 17, 2010 under Jalan-Jalan... |
Menjejaki Trail Baru…!!
|
|
Terjah ke Trail baru.
|
Selasa - 16 Feb 2010 - Salam semua…petang ni aku ngan geng taman telah membuat terjahan ke Trail baru untuk dijadikan trek kayuhan petang-petang….kali ini abg Mat telah menunjukkan ada trail yang masih wujud…tapi telah ditelan dek zaman…sory le sebab lambat upload…tu tension tu…first laptop aku kena serangan virus yang durhaka jahanam @#$%….dulu pkai windows Vista pastu skang aku pkai windows 7..perghhh memang best tui la….pantas dan tangkas!!Nasib baik ada system back up…lega skit…tak payah kalut-kalut nak cari software…tu pasal la yang hari nih baru upload tu…tapi tak pe janji upload…!!
Tapi takpe sekurang-kurangnya terupdate lah jugak blog aku nih….dari duk jadi tukun jer…ok la jom tengok gambar plak…gambar ni aku edit stail lomo…aku blajar dari blog mamat nih Nikon D60 BURT kalau hangpa nak belajar pun ble gak….!!Edit-mengedit gambar nih memang layan beb…tambah plak gambar yang kita nak edit tu datangnya dari DSLR…perghhh lagi cun beb…gambar ni aku shot guna camera compact jer…kalau hangpa nak tengok hasil editing aku ble la p kat flickr aku…aku pun baru blajar je..!!Ok zassssss…..layannnnnnnnnnnnnnn…!!
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Jan 05, 2010 under Jalan-Jalan... |
|
|
Rilek sat sambil pekena ayaq tenaga.
|
Salam readers dan peminat MTB…
Selasa - 5 Jan 2010 - Hari ni aku boring tak tau nak buat pe..dari malam tadi duk pikir nak kayuh p mana sok..sambil-sambil tu nak shot matahari naik..tapi hari ni awan tak berapa cun bagi aku..mungkin aku yang tak tau nak shot..he..he..he..!!
Bukan apa sambil tu aku nak try bawak kamera berat aku tu kira nak try sambil kayuh, sambil shot apa-apa la…tapi ternyata kepenatan menguasai segalanya…bila dah penat, mata pun duk kelipak kelipuk(peluh masuk mata)..tangan duk mengeletar..napaih macam kerbau…nak shot pun kena tunggu ilang penat dulu…tu yang mental kena kuat tu…tapi memang layan beb…bila balik je umah tengok hasil yang ntah apa-apa ntah tu…bagi aku kepuasan tu..tak tau nak kata apa..banyak lagi yang aku kena belajar tentang photography ni..bukan apa sat g takut orang kata aku syok sendiri..he..he..he..!!Kira aku ni tak setaraf lagi ngan Tandope ngan Adi lagi…lepa dah terrer dah..masuk Offroad pun bawak DSLR..memang aku respek la…ok la jom layan gambar yang tak seberapa nih…zaaaassssssssssss..layaaaaaannnnnnn….!!
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Jan 03, 2010 under Jalan-Jalan... |
Salam…
Ahad - 3 Jan 2010
Hari ni aku dapat pesanan ringkas dari bro Zam KHT Bikez..untuk kayuh ringan-ringan…aiii…kayuh pun ada ringan-ringan gak noh….ok la…Bangun-bangun nak semayang subuh tgk-tgk ada sms ajak kayuh layan BORR…terjah je la…bukan apa nak tengok beskal baru yang baru dibeli oleh abg wahab…tu yang ble kayuh tu…pastu bila dah patah balik BORR tu…lepak kat tepi shell tu…jumpa plak Pak Hj Saad…naik RB plak tu…fuhhh kemaih tui pah hj nih…aku pun pa lagi..mintak try naik le…perghhhhh…memang best tui la….mmg sah aku tak tidoq malam ni..duk kenangkan penangan RB pak hj saad…nak kena cari satu gak..he..he…!!ok jom layan gambar plak…
Layannnnnnnnnnnn…….zassssssssssssssss….!!
Flag Off Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Dec 19, 2009 under Jalan-Jalan... |
KAYUHAN RIADAH KELUARGA…
Hari ni 19 Dec 09, hari sabtu..cuaca pun baguih duk ada…macam ride kat U.K je…!!Salam sejahtera kepada semua manusia dimuka bumi ini…nak dijadikan story…malam semalam Man Scott p singgah kat One stop Cycle..duk ushar pa pun tak tau… Abang Ayus tokey kedai ajak p ride ngan lepa sok pagi sabtu…p layan Bukit Biru ke Birut..aku pun tak sure le…sapa ada nak bawak wife kayuh pun ble gak..sinonim ngan tajuk kayuhan lepa…kayuhan ini dikelolakan oleh One Stop Cycle Shop bersama ngan geng CrossORT XC. Kayuh pagi ni memang best…trek dia pun best gak…yang best tu cuaca tu…perghhh…layan bro…kira kulit tak kena sunburn..he..he..he…!!Ok la..jom layan gambar…. Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Dec 02, 2009 under Jalan-Jalan... |
Langkap - 2 Dis 2009..
Bertemu kembali…lama gak tak update blog nih….sibuk memanjang jer…bukan sibuk sangat pun…cuma buat-buat sibuk jer…
Semalam Man Scott antar pesan ringkas kat aku tanya sok petang nak kayuh mana….kalau bagi aku kayuh petang-petang dan santai-santai nak masuk offroad p langkap je lah yang aku nampak…skang ni kalau p langkap tak naik dah bukit tinggi tu…kasi potong ikut bawah…ikut tanah merah tu..pastu naik bukit sikit..pastu turun DH yang panjang tu..pastu terus p shell BKE…lepak minum..pastu balik ikut road…tu pun sebab nak maghrib dah…kalau cara awai tu…road-road tak main le..masuk offroad jer…he..he..he..!!
Petang ni Man Scott bawak mai member dia…baru kayuh katanya..keje satu kilang ngan Man…ahli yang hadir hari ni ialah…aku, Faizal, Man scott dan Harun…dah…jom kita layan gambar plak…
Geng KT CycleTron pun ada gak…. Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Nov 10, 2009 under Jalan-Jalan... |

Selasa - 10 Nov 09 - Bukit Langkap, sekembalinya Bob hari ini adalah untuk membuktikan yang beliau masih fit(bukan fit yang dadah tu)..ayat macam berita plak..haduihh..!!ok..ok…hari ni sebenarnya kayuh saje-saje jerrr…nak perangat Bob yang dah lama tak kayuh..kira-kira 3 bulan lebih kot….rasa-rasanya lah….!!
Route kami naik ikut trek BM Jamboree..pastu turun DH kat sebelah sana tu…Raider hari ni yang hadir ialah aku, JJ dan Bob…!!Kayuh start kui 4.45 pm…aku ngan Bob sampai awal..pastu lepak tunggu JJ la…pekena dulu ayaq milo ais…tengah-tengah duk lepak mai plak satu makhluk muka bumi yang bernama Faizal…hangpa tak kenai punya bro ni…sebab dia baru menceburi bidang MTB ni..kalau hangpa nak kenai dia…nanti Kayuhan Klasik ni aku pekenai kan kat hangpa nohhh…nanti aku tangkap gambar dia…aku plak ble lupa nak ajak dia…pastu dia msg aku pun last2 minit tanya nak kayuh mana-mana tak petang nih…bila aku kata nak kayuh petang nih…jem la dia….nak tukar tayar ke offroad..tak dan katanya…trus tak jadi follow..tu yang mai singgah kat restoran bunga kertas tu..bukan apa nak cam muka sama tu…Ok la jom layan gambar…layannnnnnn…!! Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Oct 31, 2009 under Jalan-Jalan... |


Bukit Langkap
Sabtu - 31 Oct 09
Hari ni kami ke trek BM Jamboree…untuk memberi peluang kepada 2 orang sahabat kami iaitu En Mat Sabirin ngan En Darus..yang ingin merasa trek off road…bukan apa sebelum ni lepa duk main ataih jalan jer…oppss…lupa plak…kehadiran untuk hari ini ialah seramai 5 orang iaitu macam besa aku, Jan, Pak ku(pakai frame baru bro..), En Mat dan En Darus…yang lain kena keja..he..he..he..!! En Mat ngan En Darus ni lepa selalu duk main road ngan Pak ku sekitar kawasan Penaga ngan BORR. Hari kamis lagi Pak ku dah set nak p try off road…bukan apa..pak ku ni dah lama tak turun off road tu yang ketagih kot…tu yang dia ajak lepa dua orang..en mat ngan en darus tu…!!Tapi besa la kan..firstime ni memang teruk kalau naik bukit..aku dulu pun camtu gak…lagi lah…dah la firstime…p tibai Bukit Tokkun trus..nah..amik hang…rasa cam nak putuih nyawa bro..muntah semua cukup..complete set…tapi tak pe kalau mai selalu duk layan Langkap ni…insyallah….boleh la…nak try…Tokkun plak..kira upgrade slow-slow…tak pe lepas ni kita layan BORR tiap-tiap malam kecuali malam jumaat..he..he..he..pas tu kita test p ragaih Gunung Jerai plak..hua..hua..hua..!!Jom kita layan gambar….Layannnnnnnnnnnn……………
Dari kiri Jan, Pon, Pak ku, En Darus, En Mat Sabirin. Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Oct 21, 2009 under Jalan-Jalan... |
Salam kepada peminat-peminat setia MTB….
Tarikh : 17 - 18 hb Oktober 2009
Kangar- Wang Kelian-Hatyai- Padang Besaq-Kangar (230KM)

Sawadee…kayuhan ke Hatyai….fuuuiii…syok tui…dapat p…!!Tahniah buat pengajur Perlis MTB, MCT dan Ramly SP bertungkus lumus utk menjayakan program Kayuhan Pecah Lemak 2009. Geng Hawk MTB yang p join KPLR ialah Pon Alia, Din GT dan Man Tsk Gelugor…yang lain bukan tak mau p..tapi masalah untuk ke luar negara tu…leceh skit…!!Tapi takpe janji wakil ada…tu yang penting…!!Aku pun tak tau nak tulis apa..sebab aku tak p…kalau aku p tau la nak mengarut…!!Jom layannnnn…..!!
Pon Alia ngan Din GT Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »