Archives for Jamboree category
Posted on Sep 01, 2010 under Jamboree |

Anjuran:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bertam Indah
13200 Kepala Batas, Seberang Perai
Anjuran Bersama :
Ibu Pejabat Daerah Polis Seberang Perai Utara
Tarikh: 16 Oktober 2010 ( Sabtu)
Flag off: 7.30 pg
Acara:
- Kayuhan pelajar-pelajar SK Bertam Indah diiringi motosikal berkuasa tinggi (10 km)
- Kayuhan peserta “Happy Ride With Teachers”(30 km +/-)
- Cabutan Bertuah
Butiran kayuhan :
- Terbuka kepada “road bike ” dan mountain bike“. Keseluruhan kayuhan menggunakan
jalan bertar.
- Kayuhan adalah bertujuan untuk kutipan tabung PIBG SK Bertam Indah dan bercorak
“funride” sepenuhnya disamping menggalakkan aktiviti berbasikal untuk kesihatan.
- Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran penyertaan RM30.00. Semua peserta yang
berdaftar akan mendapat sehelai T-shirt, makan tengahari dan peluang memenangi
cabutan bertuah.
MAKLUMAT LANJUT DAN BORANG PENYERTAAN AKAN DIMAKLUMKAN NANTI
Untuk pertanyaan sila hubungi : Pn. Hawa binti Mat Yazid - 0134386378
Posted on Apr 11, 2010 under Jamboree |

Ahad, 11 April 2010, Kiosk Bertam kepala batas.
Salam kepada semua rider MTB dan RB, ni aku nak buat laporan pasai Kayuhan Bendang yang diadakan di Kiosk Bertam, Kepala Batas, betui-betui depan One Stop Cycle…tu la tempat nak flag off! penyertaan kali ni ramai la jugak campuq ngan geng-geng Taman Ara Indah ngan geng Hawk cawangan Teluk Air Tawar…uiii ada cawangan lagi tu..he..he..saja je nak bagi gempaq, padahal takdak apa pun. Penyertaan untuk Kayuhan Bendang ni plak aku duk rasa-rasa dalam 700 ++ kot..aku pun tak sure la.
|
|
Bro Add, insan yang amat bertuah pada hari, dengan berjaya membawa balik hadiah frame GTS.
|
Ok…pasal trek plak, yang aku tau lepa habaq trek Kayuhan Bnedang ni sejauh 40 km ++, lepas tu takdak info apa-apa, sebab lepa tak publish kat blog dan lepa takdak blog…opsss lupa plak nak bagitau Kayuhan Bendang ni adalah anjuran MAJLIS BELIA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA. Trek plak landai jer…bukit pa pun tarak, nama pun kayuhan bendang…memang memenatkan…pastu takdak gen-geng nak buat kampung plak…semua duk henjut punya deraih, kalau dalam hutan tu ada gak geng-geng yang take setengah jam…tapi boleh la…lagi satu, pasal water refill..ada satu jer…perghhh…kejam tui…!!
Ok la, malaih dah aku nak komen panjang-panjang apa-apa hal janji aku dapat kayuh sudah, pastu dapat jumpa member-member MTB…ok la tu…last sekali kalau hangpa nak tengok gambar yang lain-lain ble KLIK DISINI.
Posted on Mar 14, 2010 under Jamboree |
Jamboree paling best pernah aku masuk…
Perlis - 14 Mac 2010, Salam semua, Perlis Jamboree…debaran yang duk tunggu selama ni..dah tiba…memang mendebarkan…mana taknya…event paling grand penah aku tengok….siap Raja Muda Perlis mai Flag off….bagi sesetengah pihak mungkin biasa..tapi bagi aku tak biasa la tu…!!Mula duk mengikuti perkembangan blog Perlis MTB…duk tengok lakaran trek tu…mata aku tertumpu kat Bukit Botak tu…dalam pala duk ingat mampuih dah..panaih lit lit la…pa lagi…pastu duk baca pesanan Abang Ramly Sp kat blog dia tentang Trek RUN 10 ni…rasa cam gerun jer..takut tak lepaih pun ada…tapi apa-apa pun kena cuba dulu..
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Feb 28, 2010 under Jamboree |
The Best Mini Jamboree!
|
|
Biasa la…snap untuk kenangan. Dari kiri Wahab, Nazri, Zamzuri, Aku.
|
Ahad - 28 Feb 2010. Salam kepada semua pengayuh-pengayuh MTB yang tegar. Hari ni aku ngan geng setaman aku nih telah menjoinkan diri ke Jom kayuh@PTSB, iaitu Mini Jamboree yang sejauh 35 km yang dianjurkan oleh geng Callbaru’p pastu aku petik sikit ayat dari blog lepa “Penganjuran JOM KAYUH @ PTSB - Karnival MTB Piala Pengarah 2010 telah dicadangkan oleh Unit Sukan dan Kokurikulum Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah pada 10 Januari 2010 dan dengan kerjasama Callbaru’p karnival ini akan dijalankan pada 28 Februari 2010.”. Acara ni ada dua kategori iaitu jemputan IPT ngan Open. Fee dia Rm35 pastu dapat sijil, t-shirt, choki-choki dan medal..dan yang penting sekali WATER Check Point yang best.
|
|
The Winner yang belah kiri tu..yang belah kanan tu sesat, kalau tak dia no 1..he..he..he..!!
|
Yang bestnya Mini Jamboree nih..ada Digital Ranking ngan marshall yang friendly…trek overall memang best dan layan..kira memang ble kayuh..dah nama pun Mini Jamboree..he..he..he..!!Tapi overall aku duk dengar rider-rider lain semuanya berpuas hati ngan Penganjur…ble bagi markah A+++. nak cite yang pemenang kategori open..biasa la…manusia berjantungkan enjin V6…Bidi no 1, kedua aku tak berapa sure nama dia Mohd Ariff dan yang ketiga aku pun tak berapa sure, nama dia Harith Iskandar..nanti sesapa yang tau ble tolong inform kat aku. Ok la aku pun dah tak larat perah otak…dah la lepas makan nih…mata pun dah layu..nak tido…macam biasa kalau nak tengok gambar-gambar yang lain ble tengok kat Klik Disini ok mintak diri dulu…!!Ok dan tak lupa juga aku nak ucapkan TAHNIAH kepada bro Nazri yang pertama kali masuk Jamboree…pastu complete plak tu…dah la complete, dapat hadiah hamper cabutan bertuah plak…berbaloi-baloi….Tahniah Bro..!!

Posted on Dec 30, 2009 under Jamboree |

Salam & Good morning semua…
Bacaan untuk rider yang tak puas hati saja
Hari ni dah masuk hari ke 3 Jamboree KAWAT 09 berlalu…aku plak lewat nak publish pasal Jamboree paling teruk dalam abad ini…perasaan aku untuk meluahkan perasaan tak puas hati aku kat penganjur membuak-buak dari hari pertama lagi…start dari ambik goodies sampai ke habis…isk..isk…macam haram jadah…!!Dah la goodies pun macam haram…yang ada dalam beg tu..no plate, cable tight, flyers, jersey macam hampeh…tu je…ermmmm….aku tgk pun sakit ati..kata sponsor banyak…!!
Sebenarnya aku pun tak mau nak kata apa…sebab aku pikir mesti ada alasan lepa…tapi bila aku pikir2 balik sampai air pun nak kena mintak sedekah kat umah orang tu yang aku tak tahan tu…bila kenang balik selama aku join jamboree ni..tak penah jadi macam tu…tu yang aku heran tu…hangpa bayangkan la…ada sekali tu tengah duk kayuh naik bukit kat belakang kawasan perumahan..tetiba plak ada uncle baik hati tengah duk bagi air kat rider…iskk…takkan ni water point kot…dari situ kita dah tau betapa fuck upnya penganjur…pikir la tengok…kalau water piont ada dengan secukupnya…takkan wujudnya uncle yang bagi air tu…tui tak? Kalau semua rider cukup air…rider pun malas la nak mintak air kat orang…mungkin uncle tadi tu jadi tukang sorak…!!
Lepas tu bila kita tanya kat lepa air mana?lepa cakap..air ada depan bang…tapi bila p depan lagi…hampeh haram pa pun takdak…kalau aku kuat…aku patah balik..aku sepak budak yang cakap air ada kat depan tu….
Pasal trek plak…lagi la…cam hampeh…bukannya untuk MTB…aku rasa cam untuk geng hiking jer…aku rasa lepa pun tak penah try trek ni…dah la single trail…pastu ramai rider plak..memang tak sesuai…!!Pasal trek ni aku malas nak kata apa la….kalau hang buat trek teruk gila tahap babi pun…tapi water point cukup, medic ada..aku rasa takde masalah…ni medic pun aku tak jumpa…kalau ada yang patah kaki ke..krem ke…mampuih kering la dalam hutan tu…tapi aku dengar ada yang patah kaki ke tangan..aku pun tak tau…cite dia…pasal safety ni memang FUCK UP gila la…!!Aku pun tak tau la sampai tahap tu penganjur ble buat kat rider MTB ni…apa la dosa kami…!!
Bagi aku la…memang teruk lepa ni…tak berbaloi wooo…bayar RM50..tapi sakit hati tu..ble kena serangan strok wooo…cuma sekarang aku nak tau apa alasan penganjur haram jadah tu nak bagi..tu je aku nak tau…ke lepa nak duit semata-mata…ataupun nak nama…tapi tak kesampaian..nama busuk ada la…kalau aku la salah sorang dari ahli KRAIT tu..ermmm..aku jual dah beskal tu…tukar bidang plak…bukan apa nama dah busuk…buat malu je….ermmm..tak tau la…
“JAMBOREE PALING BURUK,HAMPEH,PATUT BANNED&TAK GUNA JOIN 2009:
reason aku tak bg byk sgt utk jambore yg tak guna2 ni..wat sakit ati je klu ckp byk..btoi dak!!
1st place: taiping hampeh jamboree a.k.a kayuhan hampeh warisan hampeh taipeng
organizer:k-raitt(kita patut banned this club.jgn bg join mana2 jamboree n kita pon banned jamboree diaorg)
reason:sume rider pon da tau keadaan taiping jamboree.kutuk pon dah byk.so ckp byk pon tak guna.mmg paling truk utk 2009″ petikan dari blog Redflag…
Aku sokong hangpa Redflag 1000%
Hangpa ble tengok lagi kritikan kat blog Adi…jom tengok sat… KLIK SINI
Tak puas hati lagi nih…tunggu KAWAT 09 FAILED & SUCK!! - Part 2
Posted on Nov 22, 2009 under Jamboree |
21 Nov 2009 - Pendang Jamboree 2009.
Salam…seperti kata Blogger Adi harriman “The Pendang Jamboree broke the record as the quickest organised event of this year. Preparation and everything was done in less than a month. The event attracted 200+ riders.” dipetik dari Blog Adi harriman.
Tapi bagi aku dan dari segi pemerhatian aku…parking tak cukup..mungkin lepa budget 200++ riders je…cuba bayangkan kalau 1000++ riders..huhh…macamana..!!Dari segi trail tu memang best la…makanan pulak masakan ala-ala kampung…ada ikan masin lagi tu…tu yang best tu. Cuma tu je la yang aku nampak…nak kritik lebih-lebih pun, aku nak tak tau nak kritik apa…bagi aku…masuk jamboree bayar fee murah, ada plat no..ada baju atau t-shirt…ada makan…ada mineral water atau 100+ dan pisang kat check point…ada medic yang cun-cun..he..he..he..tu pun dah cukup!!Dan yang penting skali trail mesti kena best and superb…tu yang penting…pasal hadiah tu aku tak amik port sangat….pasal aku masuk jamboree pun bukan pasal nak menang….more just for fun dan dapat berkenalan kawan-kawan baru dan dapat berjumpa member MTB dan test jantung aku boleh sampai ke tahap mana..mungkin dalam 10 tahun akan datang bila aku dah kuat..aku amik port la pasal hadiah ni..tapi bila dah 10 tahun akan datang aku dah masuk kategori veteran dah kot…he..he..he..!!
NI GAMBAR SEBELUM FLAG OFF….
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Oct 21, 2009 under Jamboree |
Welcome Back!
Kayuhan Warisan Taiping 2009 (KaWaT’09) will be back this coming December.
Seperate this event to all those mtbikers and mtb clubs all over Malaysia, South East Asia or all over the world.
Tentatively, the event will be on the followings:
- Date : 27 December 2009
- Location : Taiping Heritage Town. ( Detail on the assembly, flag off location etc will be notified soon)
- Fee & Winning Prizes : Will be announced soon
For your info, this event will be the annual event for Taiping Heritage Town. Due to the massive and supportive participant, this year we’re hoping that more participants with more thrills and enjoyment that will never last.
To make this big event successfull, we’re looking for any sponsorship or collaboration from any industry players, GLCs, NGO’s, Goverment or Individuals. This is the platform for you guys for promotion etc.
For more info please contact /email us at info.kawat2009@gmail.com
Web Organiser
- Kak Sue :











019 4781 370
- Shafiq :











019 6446 708
Posted on Oct 12, 2009 under Jamboree |
Salam Jamboree…!!
Hari ni 12 haribulan sapuloh…!!
Jamboree BM Carnival…kali ni penyertaan dari ahli hawk cuma tiga orang jer…iaitu aku, JJ dan Din GT.yang lain cam biasa..ada komitment lain…tapi takpe…!!Jamboree BM ni…ble kata best la..tapi..tu dia la…bekalan air kurang…tengok event dah gempak dah..sekurang-kurangnya bagi la 100+ ke..sponsor mesti banyak punya…tapi takpe la..janji puas kayuh..sambil menikmati trail yang best-best…overall memang best..tapi yang tak laratnya pasal aku lama tak kayuh tu yang letih bangat tu…kira ok la..JJ pun dapat menamatkan keenam-enam check point…Syabas untuk JJ..!!aku pun tak tau nak cite apa lagi …jom kita layan pic..lagi best…!!
Ni rakan baru aku dari Team Kuantan MTB…orang panggil dia Lanz airforce..!!Geng dia mai dari kuantan seramai 15 orang…!! Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Aug 04, 2009 under Jamboree |
Selasa, 4 ogos 09!
Assalamuailaikum dan salam sejahtera kepada penunggang MTB…kali ni aku lambat skit update blog..sebab sibuk ngan kursus…!!dah la tempat berkursus jauh nun disana kat subang, selangor tu…tapi takpe..cehh..takpe konon baru p subang dah nak cakap key el….ok takpa….!!Mula-mula tu ingat tak mau p..sebab kena p kursus..aku ngan bob dah jem dah macamana nak buat…pastu survey punya survey..apa kata survey…orang lama yang dah p kursus mcam yang aku nak p kursus ni..lepa kata tiap-tiap weekend ble balik…aku ngan bob trus set nak p jamboree kedah…tapi last-last minit masa nak bayar duit tu..bob tarik diri..sebab ada problem skit…tapi takpa..ada pengantinya iaitu new comer dari juru yang berframekan Corratec…jadi cukup la ahli kami 10 orang je yang p….aku ngan wife aku, jj, le, jan, pon alya corner, mie kantin, fahimie(new comer), pablo dan din..!!
Petang jumaat tu aku dah tolak dah dari umah..maklum le bawak family..kena tolak awai skit..pastu sampai jitra trus p amik godies untuk ahli hawk mtb….tempat penginapan aku ditaja oleh mak menakan wife aku..kat Taman PKNK..aku nak habaq pun tak tau kat mana location dia..kalau aku habaq pun buat pa…yang lain macam pon lya coner, jan, din, mie dan lain-lain lepa membuat aktiviti perkhemahan kat tasik jitra..kecuali bro lee ngan jj lepa ni pagi-pagi buta dah bertolak dari bagan…!!Trek jamboree kali ni ble tahan jugak…kesian fahimie ngan wife aku..baru firstime masuk jamboree dah kena trek ho liou macam ni…tapi takpa..sekurang-kurangnya ada gak pergalaman…!!Mewah gak jamboree kedah ni..pasai ada ayaq 100+…pastu ada iringan skuad tentera darat…memang steady la….!!Tapi takpa…duk takpa-takpa..apa dia…yang bestnya semua ahli Hawk Mtb berjaya menghabiskan trek jamboree kedah..kalau yang tak habis tu bukan apa….marsyal tak bagi p dah..sebab takut lewat balik…kira habis la jugak..he..he..he..ok la jom layan gambar plak….
Corratec kepunyaan fahimie…
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Jun 23, 2009 under Jamboree |
Jamboree NTMTBA 09…
Ahad, 21 jun 09….
Salam…semua…!!Fuhh..memang best tui…trek jamboree nibong tebal ni…rugi ooo sapa tak p…memang rugi..!!sory le lambat publish kat blog..sebab sibuk skit…mula-mula balik jamboree tu ingat nak update terus..tapi dah main ngan penat ni..hold dulu le…!!Penyertaan Hawkmtb kali ni 3 orang je..yang lain terkilan tak masuk..sebab tak bersedia lagi..dan ada yang ada hal masing-masing…!!Pastu tinggal dua orang je…aku ngan JJ je…jan kena jangkitan badan panas(demam) last-last minute.
Tapi takpe..nasib baik masa nak p tu dah set siap-siap dah ngan geng KHTP kulim..rasa meriah la jugak…!!
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Jun 15, 2009 under Jamboree |
Stamina refresh…!!Kena la refresh…sebab seminggu tak kayuh…!!Dah la ahad depan ada Jamboree Nibong Tebal…kalau tak mampuih…!!Kalau ikut tak kayuh gak kami minggu ni….nak jadikan cite yang ble p langkap ni…ada bro dalam taman aku ni..nama dia Zam dari geng KHT kulim…lepa ajak kami p langkap..sebab lepa tak penah p lagi…kira nak jadi pemandu pelancong le….macam biasa aku menghantar pesanan ringkas kat semua geng Hawk Mtb…tapi tak semua pun yang hadir…!!macam biasa jugak Pon alya corner yang berpengalaman dengan bukit langkap ni menjadi pemandu pelancong…Geng KHT Kulim ada dalam 4 orang…Hawk Mtb dalam 7 orang…aku, pon alya corner, JJ, Jan, Dodi, Din dan Broke…Geng Pyan dalam 6 orang kot…!!Ok jom kita layan gambar yang sempat di ’snap’….Layannnnnn…..!!
Hari ni macam kebetulan je…Ramai tui…ada ramai group..ada dari Manggis Rider, KT Cycletron, Pyan Tokkun dan ramai lagi….
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »