Archives for Event category
Posted on Aug 09, 2010 under Event |
Siaran terlewat…!!
“Night Cycling through Heritage Site” is an official event of the Georgetown Festival 2010, organized by Penang Cycling Lifestyle Society, in conjunction with the 2nd anniversary celebration of UNESCO World Cultural Heritage Listing of Georgetown.
Penang Cycling Lifestyle Society, as the name suggests, is an association formed by avid cyclists who believe in community cycling and cycling for the planet green. They are an experienced group of cycling organizers and have organized many cycling activities in Penang, revolving around the theme of green, animals’ welfare, youth and many more. All for a cause.
Scheduled at 8pm on 31st July 2010 the event kick starts and ends at City Hall (Esplanade) Penang. For this activity, the cycling route is definitely Georgetown’s core heritage row, in total of 4.6km.
Petikan diatas dipetik dari blog Baikbike.com
Sila klik pada gambar untuk tumbesarannya…!!
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
Posted on Jul 18, 2010 under Event |
Best woooo…rugi sapa tak p….iskk….iskk…Boh ada umphhh..!!
Salam semua, hari ni 18 Jul 2010, aku ada di Cameron Highland untuk menyertai kayuhan Thompson Trail anjuran Danish Event. Dah lama dah aku teringin nak p kayuh kat Thompson trail nih, tapi ada jer halangan, tapi kali ni kebetulan tarikh tu aku tak keje plak, tunggu lagi, terus daftar la jawabnya. Aku bertolak dari Butterworth dalam pukul 6pm lebih, pastu p umah orang tua aku, amik lepa, sebab bapak aku kayuh gak, kira bertolak dari utara pukul 7pm
Dipendekkan cerita aku sampai kat Tanah Rata dalam kul 11 malam, jumpa Mizi KHT selaku organizer, dia bagi goodies, pastu terus naik apartment, kemas apa lebih kurang, terus tido berehat sok nak kayuh.
Hari ni 17 Jul 2010 hari ditunggu-tunggu telah tiba, pagi ni aku ngan bapak aku telah bersiap sedia, kami naik kereta parking kat Habu, kul 8am flag off. Nak dipendekkan cerita lagi, Uphill punya panjang, Downhill pun punya panjang, kira time downhill tu, dalam kepala duk fikir bila nak habis ni, tangan dah nak krem dah, bukan kaki yg nak krem, pastu time uphill, duk fikir jugak, bila nak habis, kira sampai meluat la. Ada satu uphill tu sampai ke Boh Teashop, pergghhhh….memang meluat, tu yang lepa panggil Bukit Meluat tu, panjang betul, tapi tu semua adalah satu pengalaman yang menarik. Kepada crew-crew yang menganjur event ni, Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah menyediakan satu peluang kayuhan di Cameron Highland, kalau nak p saja-saja kayuh…ermmmm, haruiiihhh, pakai dak la…!!
Thompson Trail at EveryTrail
Klik pada gambar untuk tumbesarannya..!!
 |
 |
|
 |
 |
|
 |
 |
|
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
Posted on Jul 10, 2010 under Event |
Terima kasih kepada semua rider-rider…!!
|
|
Bergambar bersama Kol Rashid Bin Majid TUDM, Komander Pangkalan Udara Butterworth.
|
Hawk MTB~BACC mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada rider-rider yang telah memberi sokongan dan sudi menghadirkan diri dalam Kayuhan ‘Fun Ride’ ini.
|
|
Ready for flag off…!!
|
Hawk MTB~BACC serta rakan-rakan krew yang yang bertugas memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak menyenangkan berlaku disepanjang acara berlansung.
Jutaan TERIMA KASIH juga dari Kol Rashid Bin Majid TUDM, Komander Pangkalan Udara Butterworth kepada rider-rider yang sudi hadir di Butterworth Airbase Fun Ride 2010.
Kepada sesiapa yang ingin men’downlod’ gambar bleh klik disini
Atau di Facebook Hawk MTB~BACC
Ataupun anda boleh lihat di PicassaWeb CrossORT XC
Posted on Jul 07, 2010 under Event |
|
|
Bergambar diatas puncak Bukit langkap. Klik pada gambar untuk tumbesarannya..!!
|
Rabu, 7 Jul 2010, Bukit Langkap.
Hari ni Hawk MTB~BACC seramai 27 orang termasuk Abang Megat & The Geng selaku pemandu pelancong telah berjaya menawan Bukit Langkap. Pukul 8.00 am kayuhan dimulakan dan ditunjuk arahkan oleh Abg Megat, laluan yang dipilih hari ni adalah boleh dikategorikan ‘beginner’…tapi beginner pun…mencanak jugak…dengan climbing pada sudut 45 darjah, sejauh 2 km untuk sampai ke Rumah Hijau…tapi semua berjaya sampai ke Rumah Hijau…sampai macamana jangan tanya..he..he..he..!!
|
|
Bergambar di Hentian BKE. Klik pada gambar untuk tumbesarannya..!!
|
Lepas semua sampai kat rumah hijau….take 10 kejap….oksigan diperlukan untuk pendakian kedua, untuk sampai ke puncak, jaraknya pulak dalam 300 meter…sampai kat puncak semua muka dah lain macam…tapi semua berjaya sampai ke puncak dengan tiada sebarang kecederaan….kali ni rehat dipanjangkan, bukan apa untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, sebelum turun nak layan Downhill, sepatah dua kata nasihat telah diberikan oleh Abg Megat orang lama dalam sukan berbasikal bukit ni, downhill masuk kawasan pokok getah, lalu kawasan kelapa sawit…keluar kot Shell BKE, kat situ rehat nak minum ke, makan megi ke semua ada…..abis rehat kat Shell BKE, apa lagi balik la…..
|
|
Balik dah…. Klik pada gambar untuk tumbesarannya..!!
|
Alhamdullilah, kayuhan berjalan dengan lancar dan tiada yang cedera parah teruk, tapi ada jugak dua orang yang mengalami kecederaan, sorang bengkarung tarik dia kat kaki(krem la tu), yang sorang terjatuh masa nak downhill sebab nak elak ada uncle naik moto naik atas Bukit Langkap, tapi jatuh tak la teruk, tiada luka teruk yang dilaporkan, Hawk MTB~BACC mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abang Megat & The Geng sebab sudi menjadi pemandu pelancong dan meng’guide’ rider supaya memastikan rider sentiasa dalam keadaan selamat…mungkin lepas ni kita bleh p Bukit Neraka, Serdang plak….he..he..he..!!
sesapa kalau nak tengok gambar atau nak copy gambar bleh klik disini
Posted on Jun 30, 2010 under Event |
Kayuhan sempena perasmian Hawk MTB-BACC
Tempat : Mes Perwira TUDM Butterworth ~ GPS coordinate 5 27′46.50″N, 100 22′56.56″E
Tarikh : 10 Julai 2010 (sabtu)
Masa :7.30 am
Posted on Jun 26, 2010 under Event |
|
|
Batu Kawan Drift.
|
Salam semua….hari ni kat Batu kawan ada buat Extravaganza bersama Belia, ada karnival, macam-macam ada, geng drift, mat rempit buat wikang, autoshow…banyak lagi la…jadi pada masa yang sama lepa ada buat kayuhan Fun Ride kat trek Batu Kawan….dengan kerjasama Geng 3G, acara hari ni memang best dan nampaknya kesemua yang mai berpuas ati…dah FREE..puas ati le…he..he..he..!!Tapi memang puas hati betui, dengan trek yang disajikan ngan marsyall yang perihatin dan lagi cekap. Kira sapa tak mai kayuh hari ni rugi mampuih…Lontruh, Tandope n the geng pun sanggup mai dari Aloq Setaq…tu nak rasa downhill 2.3 km…layan beb….ok sapa nak tengok gambar bleh tengok kat Facebook Hawk MTB atau kat Flickr Hawk MTB…!!
Posted on Jun 06, 2010 under Event |
Green -Gold Ride is Back!, 6 June 2010, 0700 hours
|
|
Arriving at Kuala Muda..
|
Scheduled for Sunday, 6 June 2010 and hosted by Laksamana Cycle Club in collaboration with the Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. This time, it is going to be a bigger event than the warm-up event held in January.
There will be a slight modification of the route which will make the distance about 35km. The ride will be easy, passing through the padi fields and kampungs of Penaga - Kuala Muda.
Gathering at 6.30am. Flag-off at 7am sharp. Marshalling point is at the Pusat Rekreasi Teluk Air Tawar, Taman Robina Butterworth. (near the beach)
Light food and refreshment will be provided at the half way poing, near Kuala Muda town.
The PDRN, RELA and St. Johns Ambulance Brigade & JKR will be there to provide the necessary traffic control and support.
Its a family leisure ride & a certificate of completion will be povided for all the riders.
“The above statement is taken from the web G Club Penang Cyclist“
For more picture please click here…
Posted on Feb 14, 2010 under Event |
Refresher Ride to Langkap.
 |
Permandangan yang memukau mata dan menenangkan jiwa disajikan untuk sesiapa saja yang sanggup sampai diatas.
|
14 Feb 2010, Ahad - Salam sejahtera kepada penunggang-penungang apa jenis basikal pun. Rasa macam dah lama tak update blog nih…memang dah lama pun…kayuh petang-petang tu selalu…tapi takkan nak publish dalam blog kot…nanti hangpa boring plak..asyik-asyik yang tu jer…tapi takpe lah…janji kayuh.
Hari ni aku kayuh join ngan geng Janji Kayuh MTB…geng ni sebenarnya satu taman ngan aku…tu yang ble ada semangat nak kayuh tu…kalau tak duk kayuh sorang-sorang jer..dah bila ada geng kayuh kat satu taman ni kira ok la..syok pun syok…mula tu ingat nak p join kayuh ngan geng 3G kat Bukit Siam Muntah..kat mana tak tau…tapi tempat nak meet point tu aku tau la …sebab dekat ngan umah mak pak aku….!!Tapi dah memandangkan wife aku kena keje petang…tak jadi la nak p jauh-jauh…main dekat-dekat jer…!!Takut sat g balik lewat…dah muka lain macam jer…he..he..he..!!
 |
Zamri a.k.a Mr President JKMTB.
|
Memandangkan aku tak tau nak p mana sok…malam tu aku dah ber’sms’ dah ngan Mr President geng Janji Kayuh ni…tanya kot-kot lepa nak kayuh ke tak…mana tau…raya-raya cina ni..lepa pun nak p raya gak…dah kena kayuh sorang plak…kayuh sorang-sorang pun takpe….bukan apa belakang taman aku nih ada satu trek yang geng JKMTB gelar iaitu Route13..makna dia route tu cuma 13km jer..tapi bukit memang ble tahan la…nanti kalau aku ada masa aku akan review kat sini…walaupun cuma 13km jer…tapi kalau maintain speed 25km/h keatas memang syok wooo…kira cukup la ngan bukit dia ala-ala Tokkun…Downhill ala-ala BM Jamboree..boleh la buat bagi nak maintain fitness tu…!!Lepas ber’sms’ tu lepa nak p Bukit Langkap…tapi start dari Taman….fuhhh…ble tahan gak…!!Follow jer la.
Ok lah jom kita layan gambar plak..aku tak tau nak taip pa dah…!!
Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Feb 05, 2010 under Event |
Borang Kayuhan Terang Malam sudah menjelma…!!
|
|
SECARA RASMINYA PENDAFTARAN TELAH DIBUKA
|
Salam kepada rider MTB n RB.
kepada yang dah lama tak kayuh offroad dimalam hari…haa…ni dia…!!
Borang pun dah keluar dah…mai kita pakat-pakat daftar….yang pertama di utara nih….
Klik disini untuk mendapatkan borang
Posted on Jan 17, 2010 under Event |
|
|
PESERTA, adik Imran beraksi di Kepala Batas Pulau Pinang, semalam.
|
KEPALA BATAS 16 Jan. - Biarpun baru berusia lapan tahun, Zulfaqar Mohd. Nizam tidak kekok bersaing bersama golongan dewasa berbasikal mengelilingi Parlimen Kepala Batas di sini.
Pelajar tahun dua bersama rakan karibnya, Megat Imran Haikal Megat Abd. Halim, 12, adalah antara 320 peserta yang menyertai Program Kayuh Basikal Untuk Sihat dan Amal sejauh kira-kira 55 kilometer hari ini.
Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya itu, dia mula berminat menyertai aktiviti berbasikal sejak awal tahun lalu dan pernah menyertai beberapa ekspedisi di dalam dan luar negara.
“Saya pernah berbasikal mendaki Gunung Jerai dan menjelajah Cameron Highlands selain pernah berkayuh sejauh 148 kilometer dari Kangar ke Hadyai, Thailand.
“Seronok dapat berbasikal seperti ini kerana dapat menyihatkan badan serta mengelakkan daripada masa terbuang dengan aktiviti tidak berfaedah,” katanya yang turut ditemani bapanya, Mohd. Nizam Osman, 36.
Perasaan sama dikongsi Megat Imran yang bersemangat menyertai program itu kerana mereka dapat beramal dengan memberi sumbangan kepada beberapa masjid terpilih sepanjang kayuhan itu.
“Saya teruja untuk berkayuh di sekitar Kepala Batas kerana dapat menikmati suasana kampung dan menghirup udara segar di sepanjang laluan kayuhan ini,” ujarnya.
Program kayuhan yang dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu bermula di Wisma UMNO di sini dilepaskan oleh Pengerusi UDA Holdings, Datuk Hilmi Abdul Rashid kira-kira pukul 7.30 pagi.
|
|
Hawk MTB Team menerima sijil penghargaan diatas penglibatan didalam Kayuhan Amal & Sihat, semalam.
|
Sebanyak 19 kelab menyertai program itu antaranya Kelab Berbasikal Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Gerek Tikam Batu, Eight Heaven Bikers, Pasukan Gerakan Marin Pulau Pinang dan Pasukan Hawk MTB Tentera Udara Diraja Malaysia.
Kelab lain adalah Kelab Berbasikal Permatang Binjai, AD Cycle Kulim, Crossort XC, Taman Sri Serdang Cycling Club, Kota Kuala Muda Cycling Club dan Kepala Batas Cycling Club.
Sepanjang kayuhan yang berakhir di Pantai Merdeka Beach Resort itu, peserta berhenti di beberapa masjid dan surau untuk menyerahkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM400 setiap satu.
Antara masjid yang disinggahi adalah Masjid Jamek Permatang Rambai, Masjid Permatang Keriang, Masjid Taman Kuala Muda dan Surau Al-Abbas, Paya Keladi
Dipetik dari Utusan Malaysia Online.(ayat jer yang amik kat Utusan…gambar sendiri..he..he..!!)
Sila klik disini untuk melihat lain-lain gambar semasa Kayuhan Amal.
Posted on Jan 01, 2010 under Event |

Jumaat - 01 Jan 2010…Happy New Year…!!
Salam semua…hari ni aku nak cite skit pasal Malakoff ride ni…aku tengok event lepa ni memang btui2 grand la…mana taknya…tengok goodies pun dah la….ada sijil, botoi air, ubat sapu untuk mengalami kekejangan, t-shirt pun lawa last sekali tuala kecik….sebenarnya event ni untuk geng2 RB je….tapi dah abang Megat racun…dia kata bila lagi nak kayuh naik jambatan pulau pinang…tu yang nak p sangat tu…!!
Route sebenar dia yang aku tau…ada dua hari..iaitu hari pertama pada hari khamis, bukit merah>penang>kedah kot….pastu hari kedua start kat autocity>round island>youth park…tapi geng kami tak ikut pun route tu…bukan apa dah la tak kuat…takut satgi sampai lewat untuk menunaikan sembahyang jumaat…tu yang potong jalan tu…ikut short cut…kami sampai awai…lepak ngan geng 3G…pastu amik goodies trus balik naik feri…
Kesimpulan dia..event ni memang best…layan bro…
P/s : Sesapa nak tengok gambar jom layan kat sini…sila klik sini…
Posted on Nov 16, 2009 under Event |


Ahad - Kulim - 15 Nov 2009
Assalammualaikum dan salam sejahtera…dalam pala otak aku duk terbayang ni sahih kena tinggal ngan geng-geng RB ni…mampuih nak follow…pastu duk pkiq plak…lepa mesti bawak RB besi lepa yang lama-lama tu..nama pun dah kayuhan klasik..mesti berat kot…ingatkan ble follow..tu pun tak ble gak kena tinggal berkandaq…geng-geng otai plak tu…perghhh….!!Tapi hari ni la ble tengok beskal RB yang lama-lama ataupun yang otai2..macam-macam brand yang ada…aku ble tengok je la….tapi hati tu teringin nak sambaq RB sebijik….tapi nak buat macamana budget tu tak dak lagi…..ble berangan je la….!!Route yang dipilih oleh penganjur pun memang best…tak sibuk sangat..suasana pun best..nyaman..kayuh pun syok..bukit tak la banyak sangat…aku duk ingat..sama macam kayuh off road..ada lepak-lepak, take 5 ke apa ke…rupa-rupanya lepa tibai balun non stop…sampai Bukit Hijau….beginner macam aku ni pa lagi…rasa macam-macam la..nak muntah semua ada…tapi kena control macho la….kayuhan mesti diteruskan..bukan apa..sebab tengok tak dak orang yang berenti pun..tak kan aku nak berenti kot…mau tak mau kena teruskan kayuhan la jugak.
Kayuhan klasik hari ni di join oleh aku, Jan, Man Scott dan sorang member baru kami iaitu Faizal(chal) atau nama alam maya dia Pelaut Rider..he..he..he…Pon alya ngan Din GT jadi Marshall…Moh layan gambar plak…Layannnnn….!!
Geng KHT Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Nov 08, 2009 under Event |

MELAKA - Peserta dari Indonesia, Popo Ario Sejati membuktikan kejaguhan apabila menjuarai acara menurun bukit kategori Elit Lelaki Kejohanan Basikal Bukit ke-15 di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh, semalam.
Pelumba berusia 23 tahun itu berkata, dia yakin memenangi perlumbaan itu setelah melakukan latihan dan persediaan sejak sembilan bulan lalu.
“Trek sejauh 1.5 kilometer ini agak mencabar dan berbonggol-bonggol.
“Ia juga agak teknikal berbanding trek lain, namun saya suka trek sebegini,” katanya
Popo mengungguli kategori Elit apabila mencatatkan masa terpantas iaitu dua minit 39.50 saat.
Dia diekori peserta Jepun, Naoki Idegawa dengan masa 2:43.61s di tempat kedua. Tanaphon Jarupeng dari Thailand pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan 2:50.28s.
Peserta Jepun, Mio Suemasa, 26, pula mengungguli acara menurun bukit kategori Elit Wanita apabila menewaskan tujuh pencabar lain.
Mio muncul juara dengan catatan masa 3:1.60s diikuti peserta dari Indonesia, Risa Suseanty dengan masa 3:16.93s manakala tempat ketiga disandang peserta dari Thailand, Aussanee Pradupyard dengan 3:29.15s.
Menurut Mia, catatan masa yang dilakukan beliau pada hari ini lebih rendah berbanding semalam.
“Hujan petang semalam menyebabkan keadaan trek hari ini (semalam) agak licin dan sesetengah tempat becak.
“Walaupun melakukan beberapa kesilapan, saya tidak patah semangat dan cuba sedaya upaya untuk memenangi acara ini,” katanya.
Seorang lagi peserta Jepun, Kazuki Shimuzu, 17, membuktikan penguasaan negara matahari terbit itu apabila muncul juara acara menurun bukit kategori Junior.
Kazuki muncul apabila mencatatkan masa terpantas iaitu 2:56.01s manakala peserta dari Indonesia, Hildan Atosma Katana di tempat kedua dengan masa 2:57.32s.
Peserta negara, Mohd. Aim Mohd. Fauzi, 18, membuktikan bahawa negara ini tidak ketandusan bakat dalam acara menurun bukit basikal gunung apabila mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 3 minit 5.69 saat.
Posted on Oct 26, 2009 under Event |
Ahad-25 Okt 2009
Salam….!!
Ride with CM..kat padang kota, penang…..kayuhan kali ni boleh dikatakan kayuhan santai atau beriadah..seronok-seronok jer…
Mula-mula aku daftar untuk Family Ride untuk aku ngan wife serta anak aku jer…tapi bila last-last minute..wife aku kena p keja…kena cari orang untuk gantikan…
Mangsanya ialah JJ la…sekurang-kurangnya ada gak member nak kayuh…kalau aku tau wife aku nak kena keje..aku dah daftar untuk Round Pulau…tapi takpe la…janji ble kayuh…!!Bertolak punya la awal..pagi-pagi buta dah kuar…alasan takut jem..sampai kat feri jumpa abang Said TRJ…pastu naik kat atas feri jumpa geng Perlis….Jom kita tengok gambar lepa…!!
Dari kiri : Dik man, Cikgu Zul(wa-don), ZanKX dan abang Said TRJ… Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »
Posted on Sep 16, 2009 under Event |
Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!
Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Puasa tui tak…!!Tak sabar nih…Mesti best nyer…!!Saja nak ucap awai skit…takut jap g takdan plak nak ucap…maklum la sibuk nak beraya nih….he..he..he..!!
Di kesempatan ini kami dari Hawk MTB Team Sekeluarga ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada rakan-rakan MTB iaitu…banyak ni :
* 99 Bikes
* Adi
* Amro-mtb
* Anak Panyu Brunei
* Anaksiong
* As-Sakinah Cycling Club
* BalingBiker
* Basikal Gunung
* Basikal Putih
* Budak Baru..!!
* Callbarup
* Crossortxc Jom baca lagi..ada lagi nih..klik kat sini… »