Subscribe Subscribe | Subscribe Comments RSS
Hawk MTB is just a blog title, not necessarily 100% tells the story about bicycle.
Custom Search

Trek Sungai Lembu.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera….

Kali ni kayuhan diadakan pada hari Deeppavali, kayuhan ke Trek Sungai Lembu. Bekas trek BM Jamboree…tapi kami tak kayuh semua trek macam trek BM jamboree, cuma amik sikit je. Kami memulakan kayuhan di betul tapak BM jamboree diadakan.

Trek kali nih sesuai untuk bagi mereka yang memerlukan fitness dan bagi mahu mengeluarkan peluh-peluh jantan sekaligus membuang lemak-lemak tepu yang telah sekian lama bertapuk di saluran-saluran darah. Trek mini tar ini disulam dengan laluan offroad melalui kebun getah, pendakian yang penuh dengan taktikal serta boleh membuatkan jantung anda mengepam darah selaju yang mungkin sehinggakan bibir anda menjadi biru lalu membuatkan anda berhenti seketika untuk menghirup udara segar dengan alasan untuk menghayati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa.

Selesai pendakian yang cukup menyeronokan kemudian anda disajikan dengan DownHill yang begitu panjang menuruni single trek dan serta disulami dengan pokok-pokok getah bagaikan ala-ala Sam Hill, DownHill yang panjang terasa begitu singkat kerana keterujaan anda melayan dengan rakusnya sambil otak anda bekerja keras untuk memberi sepenuh perhatian untuk menuruni dengan selamat diatas trek yang diturap dengan simen…sungguh menghairahkan jika anda mempunyai bingkai basikal yang mempunyai spring hentakan dibelakang yang berharga ribuan ringgit.

Sila lihat pada gambaran di bawah…

Ride to Soup Hameed, Penang Road.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

Lama tak update blog nih….bila nak teringat nak update tak tau nak update apa. Dengan jamboree bersepah skang nih, dengan Jamboree Kayuh Lasak tahun nih tak dapat masuk, maklum le jamboree famous, tapi semua tu takdak hal punya…hari aku nak cerita pasal ride aku ke Sup Hameed kat Penang Road….

Al kisahhhh…..satu malam…hahaha….merapu la plak…!! Gerai yang bernama sup hameed nih memang lama dah teringin aku nak p, tapi tak kesampaian sehingga malam jumaat bertarikh 14 okt 2011, dengan izin Allah s.w.t, aku dapat p, sebelum ni cuma dapat mendengar kisah-kisah kesedapan sup hameed nih dari rakan rakan yang telah berkunjung ke sana, dengar tu pun dah kecur ayaq liur aku…heheehe…!! Sup dia pekat skit dari sup melayu nih, kira puas la…nak tau sedap ke tak, hangpa kena mai sendiri…..terangkat beb…hehehe..!!

Seramai 6 peserta berjaya dikumpulkan pada malam tersebut, kayuhan bermula lebih kurang jam 9.30 mlm, route adalah seperti berikut Taman Ara Indah ~ Feri ~ Sup Hameed, Penang Road…hahaha…simple tul route dia. Masa nak balik tu ada terjumpa sahabat kita, halatuju yang sama kayuh ke sup hameed, bro ni kayuh Fixie beb…perghhh…tak bleh blah, kalau hangpa tengok dia mesti hangpa kenal la punya…memang mantooppp la beb…jom kita layan gambaq la plak, nanti hangpa tau la sapa bro yang aku maksudkan tu..hahaha..!! ~ anda boleh kilk pada gambar dibawah untuk tumbesaran….terima kasih kerana sudi singgah di blog aku yang ntahapaapantah…hehee!! Jumpa di episod yang akan datang…!!

Amazing footage shows mountain biker ambushed by African antelope

Jom Gunung Jerai….

Assalammualaikum dan Salam sejahtera…

Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter.
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.

Berada di puncak Gunung jerai. Tamat kayuhan pada pukul 1.30 pm.



Asal usul

Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya “Batu Kapal”. Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Ada lagi nih…klik sini untuk baca lagi…!!(read more) »

Mengecas sambil berkayuh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera….fuhh lama tui tak update blog nih, dah memang bersawang dah, nama pun laman sesawang..hehehe…!!
Kali nih aku tak mau cite pasal jamboree sebab aku tak p mana-mana jamboree, hahahaha…aku nak cite pasal ada satu bike maker Silverback akhirnya telah berjaya mencipta USB port untuk recharging tipon mahai hangpa tu sambil berkayuh.


USB port tu dipasang diatas head-tube dan dynamo yang membekalkan kuasa itu dipasang didalam hub, tapi kalau dalam hub ada dynamo, basikal tak jadi berat ke??? mungkin teknologi lepa canggih lagi kot dari dynamo lama tu…apa-apa hal kita boleh tunggu je teknologi ni sampai kat negara kita nih, tapi tak tau la nak sampai bila…hehehee…!!

source : Bike Radar wired.com geeky-gadgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...